Bahasa

Pengusaha bas swasta mahu pampasan jika industri bersikap ‘berat sebelah’

PMBOA merasakan kehilangan peluang ekonomi apabila ruang tidak diberikan seadilnya untuk mereka menjalankan operasi mereka. – Gambar failPMBOA merasakan kehilangan peluang ekonomi apabila ruang tidak diberikan seadilnya untuk mereka menjalankan operasi mereka. – Gambar fail

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Syarikat-syarikat operator bas di seluruh negara menuntut persaingan lebih adil antara mereka dan syarikat berkait kerajaan (GLC), dan menuntut kerajaan membayar pampasan yang adil atau persaingan lebih terbuka tanpa skap ‘berat sebelah’.

Menurut presiden Persatuan Operator Bas Se-Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali, beliau menggambarkan industri bas sebagai “tidak berfungsi”, serta dasar berat sebelah polisi pengangkutan kerajaan “merosakkan sektor industri bas swasta”

“Dasar kerajaan bukan sahaja menentang Model Ekonomi Baru (NEM), tetapi menyebabkan kerajaan mempunyai kepentingan sendiri dan mengakibatkan penurunan produktiviti dan efisiensi.

“Sudah diketahui ramai bahawa industri bas swasta kini dalam keadaan murung walaupun wang rakyat banyak mengalir dan banyak subsidi diberikan,” kata Ashfar.

Beliau menyatakan lima perkara yang menjejaskan perniagaan, terutamanya ruang yang tidak adil antara syarikat milik kerajaan seperti Prasarana, Rapid dan Mara dengan syarikat pengusaha bas swasta.

Ashfar merujuk kepada kenyataan Prasarana di akhbar News Straits Times, pada 4 Januari bahawa syarikat tersebut mahu mendapatkan RM6 billion melalui bon sukuk untuk membiayai projek-projek Prasarana akan datang.

“Ini kerana syarikat pengusaha bas swasta tidak dapat beroperasi dan terpaksa mengurangkan operasi, kegagalan memberi pampasan kepada syarikat swasta operator bas, ia adalah pemiliknegaraan jalan belakang, atau dengan kata lain, adalah satu bentuk rampasan,” kata Mohamad Ashfar dalam kenyataannya hari ini.

Menurut beliau, PMBOA merasakan kehilangan peluang ekonomi apabila ruang tidak diberikan seadilnya untuk mereka menjalankan operasi mereka, dan pencerobohan dalam koridor mereka apabila Rapid diperluaskan.

“Kehilangan dalam kebebasan ekonomi tidak hanya menyebabkan kelembapan pertumbuhan ekonomi, tetapi memberi masalah kepada sosial seperti kesihatan, masalah kemiskinan, gagal melindungi alam sekitar dan kehilangan masa produktif kerana kesesakan jalan raya,” kata Ashfar lagi.

“Sudah jelas niat kerajaan bahawa Rapid, (walaupun kos operasi Rapid KL berjumlah RM280 juta, berbanding pendapatan cuma RM180 juta tahun lalu), adalah untuk memiliknegarakan industri bas, jadi ia hanya akan jadi adil jika kerajaan membayar pampasan kepada syarikat swasta.

Ashfar berkata, formula yang digunapakai kerajaan negeri Melaka apabila mahu mengambil alih perkhidmatan bas adalah dengan membayar pampasan kepada operator bas berdasarkan harga pasaran operasi bas, bayaran pampasan kepada pekerja, dan bayaran secara ‘lump sum’ kepada syarikat bagi tujuan penutupan operasi.

“Ini adalah hak melindungi hak individu dan melindungi harta, yang memjadi perkara penting dalam demokrasi, dan untuk membayar penghargaan kepada mereka yang berkorban untuk masyarakat dan ekonomi tempatan, serta kebajikan negara ini,” kata Mohamad Ashfar lagi.

Rapid kini dalam proses menambah kawasan liputan perkhidmatan merekaa, selain di Lembah Kelang, Pulau Pinang, dan Kuantan, dan berkemungkinan akan turut diwujudkan di Kota Bharu sekiranya Barisan Nasional berjaya memenangi negeri Kelantan daripada PAS.

Pada Bajet 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan akan mengembangkan perkidmatan Rapid ke Ipoh dan Seremban.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.