Bahasa

Pengusaha kedai besi buruk maut ditikam sekumpulan lelaki

June 12, 2012

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Seorang pengusaha kedai besi buruk maut setelah ditikam sekumpulan lelaki berhampiran premis perniagaannya di Taman Seri Murni di Jinjang, petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mangsa yang dikenali sebagai R. Sivanesan, 36, telah diserang dan ditikam oleh 15 hingga 20 lelaki yang menaiki empat hingga lima buah kereta.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Ku, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu. — Bernama

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi