Bahasa

Peniaga Dayak bangkit tanda marah terhadap pendedahan video Sarawak

Oleh Debra Chong
Penolong Pengarang Berita

March 31, 2013

Libat menggesa kerajaan pusat mengiiktiraf adat orang asli Sarawak, budaya, syarat dan keadaan apabila merancang dan menjalankan dasar. Libat menggesa kerajaan pusat mengiiktiraf adat orang asli Sarawak, budaya, syarat dan keadaan apabila merancang dan menjalankan dasar.

KUALA LUMPUR, March 31 — Ketua korporat Dayak Sarawak dilaporkan berhadapan dengan kemarahan orang ramai ekoran pendedahan sebuah video memaparkan kata-kata perkauman oleh personaliti negeri tersebut yang memiliki hubungan dengan kerajaan dan menggesa Putrajaya untuk menangani masalah ekonomi mereka.

The Borneo Post Online melaporkan video yang dikeluarkan oleh kumpulan alam sekitar Global Witness berasal dari UK dan menjadi panas didebatkan pada mesyuarat tahunan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI) yang berlangsung semalam.

Menurut portal berita itu, ahli DCCI mengambil berat terhadap kenyataan dua peguam dan sepupu kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud tersebut yang dilihat merendahkan suku kaum pribumi dengan menghina mereka sebagai "setinggan" diatas harta kerajaan dalam pendedahan rasuah berleluasa melibatkan urusniaga tanah di negeri terbesar Malaysia itu.

"Kami percaya orang asli mempunyai hak di bumi kami. Hak kami dalam tanah telah sebati dalam budaya undang-undang, dan adat resam yang sewajarnya diiktiraf dan diterima oleh mahkamah-mahkamah kita.

"Hak-hak ini harus dihormati oleh semua," kata setiausaha agung DCCI Libat Langub yang dpetik berkata dalam kenyataan selepas mesyuarat itu.

Libat dilaporkan mengakui pribumi Sarawak agak ketinggalan berbanding rakyat Malaysia di Semenanjung daripada segi ekonomi, tetapi berkata mereka mempunyai hak yang sama sebagai warganegara dan tidak perlu dimanipulasi atau dieksploitasi oleh orang lain.

"Sesungguhnya, cara ke hadapan adalah memastikan semua komuniti mendapat yang lebih untuk terlibat dengan lebih bermakna dalam semua sektor pembangunan, termasuk pembangunan tanah, untuk memastikan kita boleh mencapai objektif kerajaan iaitu berpendapatan tinggi dan semuanya termasuk ekonomi.

"Kami berharap dengan cara itu, untuk maju dan mendapat tempat yang sah dalam 'satu Malaysia," kata beliau lagi.

Libat menggesa kerajaan pusat mengiiktiraf adat orang asli Sarawak, budaya, syarat dan keadaan apabila merancang dan menjalankan dasar, lapor akhbar harian tersebut sambil menambah ahli DCCI sangat bimbang Bumiputera bukan Islam bakal ditutup peluang ekonomi yang dilihat lebih memihak kepada orang Muslim.

Ahli-ahli DCCI berjumlah kira-kira 500 usahawan dan profesional daripada kalangan masyarakat Dayak yang merupakan etnik utama di Sarawak.

Kira-kira 100 ahli dari seluruh negeri menghadiri mesyuarat DCCI yang dipengerusikan oleh presiden dan bekas menteri kerajaan pusat Tan Sri Leo Moggie.

Pada 19 Mac lalu, The Global Witness mendedahkan bukti video yang didakwa sebagai penyelewengan tanah di Sarawak melibatkan Taib dan keluarganya, yang klip videonya disiarkan di siaran berita Al-Jazeera jam 10 pagi tadi.

Dalam penyiasatan yang dirahsiakan, Global Witness (GW) dalam video tersebut menyamar untuk berunding dengan sepupu Abdul Taib dan beberapa orang untuk mendapatkan ribuan hektar tanah hutan, yang didakwa aktivis yang berpengkalan di London itu sebagai pendedahan rasuah secara sistematik di negeri terbesar Malaysia itu.

Walaubagaimanapun, Taib mempertahankan diri tidak bersalah dan menafikan penglibatannya sebaliknya menuduh saudaranya dan individu lain-lain yang terlibat dalam video GW berniat mempromosikan diri mereka sendiri sebagai agennya untuk mendapatkan ganjaran.

PKR juga telah mengatakan akan menggunakan video Global Witness (GW) yang mengaitkan penglibatan Taib dalam rundingan mendapatkan tanah secara tidak sah sebagai bahan kempen mereka untuk memecahkan cengkaman ketua menteri Barisan Nasional (BN) itu di negeri terbesar Malaysia.

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi