Bahasa

Penulis blog Milosuam ditahan polis malam tadi

KUALA LUMPUR, 2 Mei — Penulis blog pro-PKR Milosuam atau nama sebenarnya Yusuf Al Siddique Suratman, 29, ditahan oleh pihak polis dan dibawa ke Bukit Aman malam tadi, kata R Sivarasa.

PKR dalam satu kenyataan ringkas lewat malam tadi, memaklumkan mengenai penahanan tersebut dan menyatakan pihak polis juga berada di hadapan Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya.

“Barisan peguam sedang cuba mendapatkan respons dari pihak polis pagi ini sebelum bincang langkah seterusnya yang perlu diambil,” kata Sivarasa yang bertindak sebagai salah seorang peguam dalam kepada penggendali blog milosuam.blogspot.com itu.

“Saya akan maklumkan perkembangan mengenai perkara ini sejam lagi,” tambah beliau yang juga merupakan calon PKR bagi kerusi Parlimen Subang dipetik dari portal berita Sinar Harian Online.

Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali blog Milo Suam kerana menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya.

Laporan itu dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.