Bahasa

Penyakit berbahaya meningkat seiring gaya hidup dan kemajuan

Oleh Nomy Nozwir dan Zurairi AR
January 20, 2013

Dr Azrif berkata Malaysia mengalami peningkatan penyakit dari negara maju. – Gambar-gambar oleh Choo Choy MayDr Azrif berkata Malaysia mengalami peningkatan penyakit dari negara maju. – Gambar-gambar oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Peningkatan taraf hidup seiring dengan modenisasi mengubah gaya hidup rakyat Malaysia mungkin menjadi punca kepada peningkatan penyakit gaya hidup, menurut doktor.

Empat orang pakar perubatan ditemuramah The Malaysian Insider berkata penyakit gaya hidup seperti kegemukkan, kencing manis, penyakit jantung dan sesetengah barah di Malaysia sebelum ini hanya dikaitkan dengan negara-negara maju di Barat.

“Dalam status negara yang bergerak dari sebuah negara membangun menuju ke negara maju, kita melihat penyakit di negara ini sudah mula mengalami simptom-simptom penyakit yang sama seperti di Barat. Dan kita sudah mula melihat semua itu,” kata Dr Wendy Lim, pakar gastroenterologis dan ahli fizik.

Statistik yang dikeluarkan dalam Kajian Kesihatan dan Kematian pada 2011 menunjukkan satu per tiga rakyat Malaysia gemuk atau mempunyai berat badan yang lebih, satu dari tiga mengalami kolestrol yang sangat tinggi, dan satu dari lima mengalami penyakit kencing manis.

“Empat dari 10 rakyat Malaysia berusia 30 tahun ke atas mengalami tekanan darah tinggi. Ini sangat menakutkan, lebih teruk dari negara maju,” kata Dr Yap Yee Guan, pakar kardiologis.

Dr Wenday berkata kita melihat penyakit di negara ini sudah mula mengalami simptom-simptom penyakit yang sama seperti di Barat. Dr Wenday berkata kita melihat penyakit di negara ini sudah mula mengalami simptom-simptom penyakit yang sama seperti di Barat. “Rakyat Malaysia mendapat penyakit jantung 10 tahun lebih awal dari negara-negara maju,” kata Dr Yap lagi.

Menurut perunding kardiologis itu, sementara kes penyakit konorari arteri di Barat tidak mengalami perubahan, Malaysia pula semakin meningkat dan mengatasi negara-negara lain dalam penyakit kencing manis dan kegemukkan.

Khamis lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengatakan Malaysia adalah negara tergemuk di Asia Tenggara, dan keenam di belakang beberapa negara di Asia Barat.

Perunding endokrinologis dan perubatan dalaman Dr Norshinah Kamarudin bersetuju dengan pandangan rakan-rakannya dengan managatakan, peningkatan penyakit kegemukkan di kalangan kanak-kanak semakin membimbangkan, seperti semakin ramai mengalami penyakit kencing manis, terutamanya yang menderita dari jenis “Type 2”.

Tidak seperti “Type 1” dimana badan gagal untuk menghasilkan insulin dari muda, pesakit diabetis “Type 2” pula tidak tahan dengan insulin dan sering menyerang usia dewasa, dimana 90 peratus pesakit kencing manis dari “Type 2”.

“Pada tahap 15 hingga 20 peratus, Malaysia boleh dianggap sangat tinggi dari segi penyakit kencing manis, negara lain cuma lingkungan lapan hingga 10 peratus. Lima tahun lalu kita cuma 8.3 peratus. Sekarang sudah meningkat hampir dua kali ganda dan ianya membimbangkan,” kata Dr Norshinah.

Dr Muhammad Azrif Annuar, pakar onkologis pula berkata, negara kini sedang mengalami transisi dari sebuah negara membangun menjadi negara maju, jadi semakin berkurangan penyakit dari negara membangun, Malaysia mengalami peningkatan penyakit dari negara maju.

Dr Yap berkata empat dari 10 rakyat Malaysia berusia 30 tahun ke atas mengalami tekanan darah tinggi. Dr Yap berkata empat dari 10 rakyat Malaysia berusia 30 tahun ke atas mengalami tekanan darah tinggi. “Kita lihat penyakit-penyakit dari negara membangun seperti barah hati, perut dan rahim semakin berkurangan, tetapi dalam masa sama semakin banyak penyakit yang sama seperti di negara maju,” kata Dr Muhammad Azrif lagi.

Dr Azrif berkata, pada masa kini peningkatan “penyakit negara maju” seperti barah: payudara, kolorektal (usus) dan paru-paru, yang semakin meningkat berbanding 10 hingga 20 tahun lalu.

Walau bagaimanapun, Dr Azrif mengatakan teknologi yang ada pada hari ini sebenarnya memanjangkan lagi purata hayat rakyat Malaysia, di samping penyakit testikular dikatakan semakin menyerang golongan muda di Malaysia.

Doktor mengatakan gaya hidup serta kerjaya kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak banyak menggunakan pergerakan fizikal menjadi punca peningkatan penyakit ini.

“Dalam kekurangan pergerakan dan aktiviti, dunia kini semakin bergantung kepada teknologi,” kata Dr Norshinah.

Dr Lim bersetuju dengannya mendakwa rakyat Malaysia, terutamanya kanak-kanak kini lebih banyak menghabiskan masa di hadapan komputer dari bersukan atau melakukan kegiatan luar.

Dr Azrif mempunyai pandangan yang berbeza, dengan mengatakan teknologi menyebabkan jangka hayat negara ini semakin meningkat, memandangkan pada peningkatan dari segi teknologi kesihatan dan makanan.

“Di negara maju, rakyatnya hidup lebih lama. Penyakit jantung, barah kebanyakannya menyerang golongan tua.

“Barah adalah seperti tuberculosis 100 tahun yang lalu, tiada siapa yang tahu untuk merawatnya, tetapi penyakit itu kini sudah boleh dirawat,” kata Dr Azrif.

Selain itu, tabiat pemakanan serta rakyat Malaysia yang tidak makan mengikut waktu membimbangkan para doktor.

Dr Norshinah berkata budaya makan lewat malam seperti restoran 24 jam tidak ada di negara-negara di Eropah. Dr Norshinah berkata budaya makan lewat malam seperti restoran 24 jam tidak ada di negara-negara di Eropah. Dr Norshinah berkata budaya makan lewat malam seperti restoran 24 jam tidak ada di negara-negara di Eropah, dan ia menggalakkan orang ramai untuk makan dengan tidak teratur.

Beliau membandingkan dengan Perancis dan Australia, di mana restoran akan ditutup apabila bukan waktu makan, dan permakanan secara perlahan digalakkan.

Dr Yap pula menyamakan penduduk Asia Tenggara seperti di kepulauan Pasifik, yang mengalami kegemukkan serius selepas budaya memakan makanan dari Barat menular di sana.

“Secara genetik badan orang-orang kita tidak mampu menanggung kadar lemak tinggi, di Malaysia, kita suka makanan berminyak, makanan manis, roti canai, nasi lemak, bak kut teh, tapi kita semua memang suka makanan yang lazat seperti itu,” kata Dr Yap sambil menambah minyak kacang, santan dan minyak kelapa sawit adalah lemak tepu.

Dr Lim pula berkata, kanak-kanak tidak diberi didikan tentang makanan berkhasiat sebagai perbandingan dengan makanan segera.

Para doktor meramalkan Malaysia memerlukan satu lagi generasi untuk perubahan dan masih lagi yakin perubahan dapat berlaku.

Bagaimanapun, para doktor mengatakan ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam menyusun pemakanan anak-anak, di samping kempen kesedaran yang perlu dilakukan oleh Kementerian Kesihatan.

“Saya berharap kita akan ada pendidikan di sekolah, kerajaan perlu membelanjakan wang untuk menangani masalah ini,” kata Dr Lim.

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi