Bahasa

Penyanyi, pelakon Noreen Noor meninggal dunia

Gambar dari khazanah-muzik.blogspot.com.Gambar dari khazanah-muzik.blogspot.com.Penyanyi dan pelakon era 80-an, Noreen Noor (gambar), 52, meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Ampang hari ini akibat komplikasi jantung dan buah pinggang.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Rozaidi Abd Jamil atau Zed Zaidi, berkata allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 5 pagi.

Katanya, jenazah akan dikebumikan di kampung halamannya di KM16 Kampung Pulai, Melaka.

Noreen Noor atau nama sebenarnya Noraine Mohd Nor, yang popular dengan lagu 'Siang Terbayang Malam Merindu', meninggalkan seorang anak lelaki berusia 22 tahun dan anak perempuan, 11 tahun. - Bernama, 22 Oktober, 2013.

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments