Perbendaharaan, MRT Corp mengalami kesukaran dalam pertikaian tanah Bukit Bintang
KUALA LUMPUR, 21 Mei — Kelewatan mendapatkan tanah di Jalan Bukit Bintang bagi projek Klang Valley Mass Rapid Transit (MRT) telah mendorong Kementerian Kewangan untuk mengadakan perbincangan dengan MRT Corporation dan pihak yang berkaitan untuk menghadiri mesyuarat trgempar yang dijadualkan esok bagi mengkaji semula pilihan untuk memastikan projek infrastruktur termahal itu menepati tarikh akhir pada 2017 untuk memulakan operasi.
The Malaysian Insider difahamkan mesyuarat itu akan membincangkan keupayaaj menggunakan tanah Bukit Bintang Plaza sebagai sebahagian daripada stesen bawah tanah daripada meneruskan desakan untuk 21 hartanah di seberang jalan di zon membeli-belah paling sibuk di Kuala Lumpur itu.
“Perbendaharaan telah dipanggil untuk bermesyuarat pada hari Selasa ini dengan semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam projek itu. Mereka perlu bergerak pantas kerana proses pengambilan tanah terlalu perlahan dan melambatkan pelaksanaan projek,”sumber memberitahu The Malaysian Insider.
“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu projek itu menepati tarikh akhirnya. Kontrak telah diberikan tetapi pertikaian tanah masih lagi menjadi kebimbangan,”katanya.
Peniaga kawasan Bukit Bintang. — Gambar oleh Choo Choy MayPeniaga di kawasan Bukit Bintang mula mendapatkan tandatangan bermula Oktober lepas untuk memberi tekanan kepada Putrajaya supaya kembali kepada pelan asal untuk dua stesen-stesen MRT di kawasan itu. Dua stesen, BB Barat dan BB Timur, asalnya bertujuan untuk diletakkan di kawasan membeli-belah utama, tetapi cadangan itu kemudiannya diubah kepada satu stesen di bawah persimpangan Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail.
Untuk memastikan pembinaan berjalan seperti yang dirancang, MRT Corp perlu untuk memperolehi tanah yang berdekatan sebagai limbungan untuk menyimpan peralatan dan bekalan. Tetapi peniaga-peniaga di sana enggan untuk berurusan dengan pemilik projek. Stesen BB pusat dijangka akan menjadi stesen terbesar sepanjang laluan bawah tanah 9.5km bagi laluan sepanjang 51km dari Sungai Buloh - Kajang.
The Malaysian Insider difahamkan lot-lpt tersebut termasuk dua restoran makanan segera, bilik pameran Porsche, galeri batik, kelab swasta, pejabat dan harta kediaman. Pemilik tanah berkata hartanah mereka tidak termasuk dalam paparan awam selama tiga bulan projek itu apabila ia mula dipaparkan kepada umum pada bulan Februari 2011.
Ketua Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata pada bulan Oktober lalu bahawa pemilik projek tidak mempunyai niat untuk mengambil alih lot-lot yang terlibat dan berjanji untuk meletakkan kembali “setiap batu bata” mana-mana bangunan yang akan dirobohkan semasa pembinaan.
Tetapi pertikaian yang berterusan dengan peniaga-peniaga Chinatown di Jalan Sultan telah ditolak Perbendaharaan yang juga mempertimbangkan pilihan di Jalan Bukit Bintang. “Mereka tidak mahu isu di Jalan Sultan berulang di Jalan Bukit Bintang,” kata sumber yang lain.
The Malaysian Insider melaporkan pada 11 Mei bahawa Jawatankuasa Pemelihara Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang (PJSJBB) telah menggesa kerajaan supaya menarik balik proses pengambilalihan wajib untuk projek kontroversi MRT di kawasan Chinatown di bandar ini.
Pengerusi Bersama jawatankuasa itu, Tan Yew Sing, berkata: “MRT Corp berulang kali mengumumkan mereka tidak akan mengambil tanah di Jalan Sultan, tetapi sehingga kini kerajaan tidak mewartakan pembatalan pengambilan tanah tersebut.
“Ia hanya satu janji lisan, ia tidak sah di sisi undang-undang.”
Bulan lepas, Perdana Menteri telah memberitahu Jalan Sultan pemilik tanah bahawa notis pengambilalihan tanah sebelumnya akan dibatalkan untuk membuka jalan bagi perjanjian bersama (MA), dan berkata notis itu akan ditarik balik dalam sedikit masa. “MRT Corp telah berulang kali memberi jaminan bahawa ia tidak akan merobohkan atau mengambil “mana-mana bangunan swasta di Jalan Sultan.
Sehingga kini, 16 pemilik tanah di situ telah menandatangani Perjanjian dengan MRT Corp (yang akan membawa kepada MA), manakala dua telah bersetuju untuk pemerolehan harta mereka, menurut MRT Corp
Baki tiga pemilik tanah — Lok Ann Hotel, Persatuan Drama Kebajikan Yan Keng , Gospel Hall Kuala Lumpur — menegaskan bahawa mereka tidak akan menandatangani sebarang perjanjian dengan MRT Corp, yang menyatakan bahawa hanya tiga bangunan di kawasan itu — Stesen Bas Klang, Plaza Warisan dan UO Superstore — akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada stesen MRT.
Pertikaian ke atas pengambilan tanah bermula selepas pemilik tanah di Chinatown, Imbi dan Bukit Bintang telah dimaklumkan pada pertengahan 2011 bahawa kerajaan akan mengambil lot di atas terowong KVMRT sebagai hak pemilik melanjutkan ke pusat bumi di bawah undang-undang.
Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Kamal Nur telah berkata pemilik tanah boleh memohon untuk stratum tetapi menambah tiada jaminan Putrajaya akan memulangkan kembali kawasan permukaan kembali kepada mereka.
Pengkritik telah mempersoalkan keperluan bagi pengambil alihan wajib kedua-dua permukaan dan tanah bawah tanah sebagai Kanun Tanah Negara 1965 telah dipinda pada tahun 1990 untuk membenarkan tanah bawah tanah yang hendak diambil tanpa menjejaskan hak permukaan.
Pemilik tanah tidak berpuas hati memulakan kempen berprofil tinggi dengan mengambil tandatangan protes dan mendakwa bahawa Putrajaya telah menjalankan “rampasan tanah” untuk membiayai kos projek.





