Bahasa

Perbezaan pandangan dalam PAS, tetapi pemimpin menegaskan parti kekal bersatu

Oleh Mohd Farhan Darwis dan Zurairi AR
November 19, 2012

Pemimpin-pemimpin PAS mengambil gambar selepas akhirnya muktamar. — Gambar oleh Saw Siow FengPemimpin-pemimpin PAS mengambil gambar selepas akhirnya muktamar. — Gambar oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 19 Nov — Pemimpin-pemimpin PAS menegaskan parti Islam itu kekal bersatu dan mempamerkan kematangan dalam kongres terakhir menjelang pilihan raya umum (PRU) dengan kepimpinan pusat mengetengahkan dasar inklusif bagi semua rakyat Malaysia - dasar-dasar yang pragmatik sementara sayap-sayap lain memberi tumpuan kepada tema tradtional hudud dan dasar konservatif.

Sepanjang persidangan tiga hari di kubu kuat politik mereka di Kelantan, kepimpinan pusat yang secara tradisinya konservatif menjauhkan diri dari membincangkan pelaksanaan undang-undang jenayah dan hukuman kontroversi hudud, sebaliknya lebih menumpukan kepada dasar praktikal di bawah manifesto 'negara kebajikan' mereka. Akan tetapi topik tersebut masih dibawa oleh sayap pemuda, wanita dan ulama.

“Perbezaan ini bukan kerana perbezaan cita-cita, tetapi kerana perbezaan dalam kematangan. Ia bergantung sama ada anda memahami perjuangan dan strategi PAS,” kata Aiman Athirah, ketua penerangan Dewan Muslimat PAS atau sayap wanita kepada The Malaysian Insider.

Dalam ucapan dasar beliau semasa perasmian muktamar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi tuampuan kepada rancangan parti tersebut untuk meningkatkan ekonomi Malaysia jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengambil alih kuasa dan tidak menyentuh tentang hudud dan pelaksanaan konsep negara Islam.

Akan tetapi ahli politik veteran itu tidak dapat mengelak daripada menyentuh mengenai isu-isu teras parti itu semalam, selepas PAS terus menjadi sasaran pengkritik yang menyatakan kegagalan jelas parti itu untuk berpegang kepada cita-cita itu enam bulan sebelum parlimen berakhir dan pilihan raya bermula.

Beliau tidak menyatakan sama ada PAS akan menolak ke hadapan dengan agenda hudud itu tetapi memberitahu perkara itu telah ditangguhkan demi rakan-rakan bukan Islam dalam PR. “Kita mahu memerintah sesebuah negara, jika hanya PAS, maka ia akan menjadi mustahil (bagi kami) untuk memerintah,” katanya kepada pemberita.

Akan tetapi Aiman menyalahkan pendirian beberapa golongan dalam parti untuk kembali kepada cita-cita asal adalah hasil daripada komplot musuh politik.

“Berlakunya banyak kekeliruan kerana termakan propaganda musuh,” katanya merujuk kepada isu PAS sudah tersasar daripada landasan mereka.

“(Bagaimanapun) tiada isu dibangkitkan yang menolak kepimpinan ulama ... kalau ingin tukar kepimpinan perlu melalui muktamar,” tambah beliau.

Sebaliknya, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi mempertahankan sifat konservatif sayap tersebut walaupun kepimpinan pusat telah melembutkan polisi mereka untuk selari dengan manifesto PR.

“Memang sifat pemuda begitu ... lebih vokal, lantang dan kritis,” katanya.

“Bila kita kritik Harakah, pemimpin, itu tanda kita sayang ... kita mahu lebih baik akan datang,” kata Nasruddin merujuk kepada kritikan terhadap lidah rasmi parti tersebut yang mempunyai pandangan liberal.

Mohamad Sabu dalam perbincangan dengan ahli-ahli PAS sebelum bermulanya sesi debat. — Gambar oleh Saw Siow FengMohamad Sabu dalam perbincangan dengan ahli-ahli PAS sebelum bermulanya sesi debat. — Gambar oleh Saw Siow FengNaib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula melihat perkara itu lumrah dalam muktamar PAS kerana parti komponen PR itu mahu mendapatkan maklumbalas dari semua delegasi.

“Pimpinan pusat bukan berlembut, kita beri peluang seluas-luasnya kepada perwakilan untuk bercakap, itu budaya murni dalam PAS,” kata beliau kepada The Malaysian Insider, mengulangi pendapat Abdul Hadi bahawa kepelbagaian pendapat adalah sebahagian daripada budaya demokrasi dalam PAS.

“Kita tak pernah sekat sesiapa untuk beri pandangan dan teguran ... kalau ada kepimpinan dan perwakilan memberikan pendapat atau teguran itu kita terima,” tambah beliau.

Beliau juga berkata keterbukaan ini membantu parti membina imej yang positif tidak seperti parti lain.

“Ini adalah komitmen kami supaya PAS akan dapat mengelak daripada menjadi parti yang mempunyai ahli “kaki mengampu” pemimpin,” tambah beliau.

PAS akan bertanding 70 daripada 222 kerusi parlimen dalam PRU akan datang dan membiarkan selebihnya untuk ditandingi oleh rakan PR, DAP dan PKR.

Perwakilan PAS dalam muktamar mahukan Abdul Hadi untuk menjadi perdana menteri jika PR menawan Putrajaya walaupun PR sudah bersetuju bahawa pemimpin de facto PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pilihan logik untuk jawatan tersebut.

Barisan Nasional (BN) dijangka memenangi PRU akan datang dengan kekuatan tradisional di kawasan luar bandar dan juga Sabah dan Sarawak, memberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mandat peribadi beliau untuk terus menerajui kerajaan.

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi