Bahasa

Perebutan undi tentera untuk PRU 13

KUALA LUMPUR, 14 Jan — PKR merancang untuk mendapatkan 250,000 undi dari kem tentera dan berek polis seluruh negara yang selalunya mengundi untuk Barisan Nasional (BN), melihat kepada demografi sebagai kunci kemungkinan untuk menang dalam pilihan raya 2013.

Pakatan Rakyat (PR) berharap dapat menggunakan isu terkini unit beruniform tersebut untuk “mendidik” pihak tentera mengenai perkara yang memberi impak kepada mereka, seperti perjanjian kontroversi kerajaan mengenai ketenteraan dan yang terbaru, apabila dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) digunakan untuk membeli syarikat penjual permaidani Deepak Jaikishan.

“Isu yang kini melibatkan Deepak dan LTAT, saya percaya ia harus disuarakan dengan lantang supaya tentera dapat memahami apa yang kerajaan buat dengan wang mereka,” kata ketua strategi pilihan raya PKR Mohamed Azmin Ali (gambar) kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara.

Beliau berkata, tidak mustahil untuk PKR melancarkan kempennya ke balai polis, kem tentera laut atau mana-mana kem, tetapi menjelaskan akhirnya parti tersebut mempunyai beberapa ahli dari pegawai tentera dari pelbagai pangkat.

Antaranya ialah Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab, yang menyertai parti pada November 2011 dan kini merupakan pengerusi jawatankuasa keselamatan PKR.





Nurjazlan Mohammed Nurjazlan Mohammed

The Malaysian Insider






































Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments