Bahasa

Perhimpunan Pakatan di Pulau Pinang tarik puluhan ribu hadirin

May 11, 2013
Latest Update: May 12, 2013 04:26 pm

Kebanyakkan mereka berpakaian hitam, terpaksa meletakkan kereta mereka sejauh di plaza tol Bukit Tambun kerana kesesakan lalu lintas.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di stadium jam 8.30 malam untuk menggelakkan kesesakan teruk di kawasan stadium.

Pada pukul 9.00 malam stadium yang boleh memuatkan 40,000 orang itu sudah separuh penuh sementara yang lain masih tersekat dengan kesesakan diluar stadium.

Kebanyakkan mereka di dalam stadium adalah anak-anak muda yang mengibarkan bendera gergasi PAS, PKR dan DAP.

Diantara yang berucap dalam perhimpunan tersebut adalah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, disorak oleh hadirin apabila beliau meminta mereka untuk ketawa dan boo Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana “kesilapan” dakwat kekal boleh dibasuh yang beliau katakan sebagai kesalahan dalam prose’s pengundian.

Dalam ucapan berapinya, Anwar mengatakan pilihan raya umum 5 Mei sebagai “ibu kepada segala penipuan”, perkataan yang beliau pinjam dari Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.

Beliau juga menyelar Umno dan akhbar mereka kerana menyalahkan kemerosotan Barisan Nasional (BN) kepada “tsunami Cina” dan ketamakan terhadap kuasa.

“Apa yang Cina, Melayu, India Kadazan, Iban dan semua kita mahu?” beliau bertanya sebelum menjawab, “Kita mahukan pilihan raya bebas dan adil,” merujuk kepada muka hadapan akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini, “Apa lagi Cina mahu?”

“SPR penipu. Pilihan raya lepas adalah ibu kepada segala penipuan,” katanya kepada hadirin.

“Dalam pilihan raya kali ini, kita tuntut jawapan, dan kita tuntut jawapan sekarang,” tambah Anwar.

Parti PR telah mengadu tentang corak pengundian luar biasa, kawalan terdapat kotak undi meragukan dan isu  dimana kedua-dua PAS dan DAP memikirkan untuk melakukan petisi pilihan raya untuk melawan keputusan.

Pegawai PR mengatakan mereka akan mencabar 29 keputusan pilihan raya dan perhimpunan bermula di Selangor Rabu lalu akan diteruskan dengan di Perak hari ini.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi