Bahasa

Perkasa: Protes anti Lynas di masjid akan cetuskan protes Muslim

Oleh Shazwan Mustafa Kamal
April 08, 2012

KUALA LUMPUR, 8 April — Rancangan untuk mengadakan protes anti Lynas di kawasan masjid di seluruh negara adalah ancaman kepada keselamatan negara dan bakal menimbulkan kekacauan dalam kalangan masyarakat Melayu, kata Perkasa. 

Ketua Wira Perkasa, Fahmi Ideris berkata pihak berkuasa perlu memandang serius perhimpunan 13 April ini dan mendakwa “institusi agama” sedang disalahgunakan untuk matlamat politik. 

“Akan berlaku kekacauan, dan ketidakstabilan negara. Adakah perpecahan perbezaan politik Melayu tidak cukup lagi, sekarang masjid puladigunakan untuk memecahkan mereka?” 

“Polis harus ambil tindakan. Tahan mereka sebelum Melayu bergaduh sesama mereka dalam isu ini,” katanya kepada The Malaysian Insider. 

“Pihak yang bertanggungjawab terhadap “kekacauan dan protes” ini adalah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan,” jelas Irwan. 

“Melayu sedang dipergunakan oleh Ambiga ... anti Lynas, Bersih, sama sahaja,” dakwanya. 

Menurut Irwan, apa yang dirancangkan Solidariti SeMalaysia Himpunan Hijau itu bercanggah dengan prinsip Islam, dan perhimpunan itu berniat untuk “menghina” kesucian masjid dan agama. 

“Masjid tidak harus digunakan untuk tujuan politik. 

“Saya tetap berpegang kepada pendirian ... sekiranya mereka rasakan kilang itu berbahaya, tunjukkan bukti ... apa keperluan membawa perkara itu ke masjid dan melibatkan Muslim waktu solat Jumaat untuk semua ini,” soalnya. 

Tambah Irwan, beliau akan membawa perkara itu kepada pengetahuan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk memutuskan “tindakan menangani “ancaman” tersebut. 

The Malaysian Insider semalam melaporkan kumpulan anti Lynas akan menganjurkan kempen mereka ke setiap masjid seluruh negara, dan memecahkan halangan agama dalam isu tersebut serta menambah sokongan terhadap usaha mereka menentang pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng Kuantan oleh Lynas Corporation. 

Malah, protes berkenaan difahamkan adalah anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Solidariti SeMalaysia Himpunan Hijau. 

Dianggarkan 22 kumpulan termasuk Asalkan Bukan Umno (ABU) dan Badan Bertindak Anti Nadir Bumi (Badar) turut serta dalam kempen tersebut. 

Wakil ABU, Haris Ibrahim berkata kepada The Malaysian Insider, objektif utama Solidariti SeMalaysia Himpunan Hijau adalah untuk menyampaikan maklumat lengkap terhadap salah anggap isu Lynas yang mana dilihat hanya melibatkan komuniti Cina dan mereka yang tinggal di Gebeng. 

“Mesejnya mudah. Seluruh negara tidak mahukan Lynas. Kami tidak mahu pembinaan itu diteruskan. 

“Dan isu ini turut melibatkan Muslim, bukan hanya masyarakat Cina, sebab itu protes dijalankan di masjid. Kami akan berkumpul selepas solat Jumaat dan mengadakan protes terhadap Lynas,” katanya. 

Menurut Haris, rancangannya adalah untuk menganjurkan “perhimpunan” sekurang-kurangnya di satu masjid setiap negeri. 

“Kami berbincang berkenaan semua negeri di dalam negara ... setakat ini, lima atau enam masjid sudah menyatakan persetujuan,” tambahnya. 

Acara utama protes berkenaan kata aktivis itu adalah di Dataran Kemerdekaan in Shah Alam, di mana penyokong perhimpunan anti Lynas akan berkumpul di Masjid Shah Alam sebelum bergerak ke Dataran. 

Tegas Haris, protes tersebut telah dirancang sebelum Bersoih 2.0 dan Himpunan Hijau dalam protes 28 April, dan kini ia menjadi pemanas badan untuk perhimpunan berkenaan. 

“Kami akan menunjukkan solidariti ... di setiap masjid, kami akan menentang Lynas.” 

Himpunan Hijau sebelum ini mengesahkan penyertaan perhimpunan Bersih 2.0 28 April ini untuk memberikan tekanan kepada kerajaan untuk menghentikan pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Kuantan. 

Ini merupakan Perhimpunan Hijau ketiga, dan dijangka dengan kuantiti yang lebih besar berbanding perhimpunan sebelumnya yang diadakan di Kuantan pada 9 Oktober 2011, dan 26 Febuari 2012. 

Anak syarikat Lynas Corp’s Malaysian telah mengesahkan kilang berkenaan akan beroperasi dalam masa tiga minggu. 

Kerajaan sebelum ini telah membentuk Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berhubung Lynas namun pengkritik melihat ia hanyalah untuk meredakan keadaan oleh pentadbiran Najib. 

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR), yang merupakan sebahagian daripada pergerakan anti Lynas di Kuantan telah bersepakat menolak PSC yang mana telah diberikan tempoh tiga bulan mencari jalan penyelesaian berhubung perkara berkenaan.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi