Bahasa

Pesara kerajaan sertai PAS kerana Islam, kata Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Pesara kerajaan termasuk pegawaitertinggi menyertai PAS kerana parti tersebut memperjuangkan Islam, kata naib presidennya, Salahuddin Ayub.

Menurut Salahuddin, di Malaysia, hanya PAS yang konsisten memperjuang kandasar-dasar Islam dan ini menjadi sebab mengapa ramai pesara kerajaan tertarikuntuk menyertai parti tersebut.

“Islam adalah agama yang mempunyai keserasian dengan fitrah manusia.

“Fitrah manusia memihak kepada kebenaran.

“Sesiapa sahaja sama ada mereka pesara kerajaan atau bekas polis mempunyai mempunyai fitrah untuk bersama-sama Islam dan kebenaran,” kata Salahuddin (gambar) dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider sebentar tadi.

Berlakunya trend dalam politik Malaysia, di mana terdapat kecenderungan bagi pesara-pesara kerajaan termasuklah pegawai-pegawai tinggi seperti bekas ketua setiausaha kementerian, bekas duta dan bekas pemimpin anggota keselamatan yang beragama Islam - menyertai PAS selepas tamat bertugas.

Baru-baru ini, bekas orangnombor tiga Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari, membuat kejutan apabila memilih untuk menyertai PAS.

Fauzi menyerahkan boring keahliannya kepada presiden parti tersebut Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalamsebuah majlis menyambutnya.

“Baguslah dia (Fauzi) sertai PAS.

“Lepas ni bolehlah dia ajarPAS tentang undang-undang dan peraturan negara,” kata bekas ketua polis negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan ketika diminta mengulas tentang kemasukkan bekas anggotanya itu ke dalam parti PAS.

Fauzi, yang pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai penyiasat, kedudukan ketiga tertinggi dalam pasukan keselamatan tersebut.

Tambah Salahuddin lagi, bukan sahaja bekas polis, ramai juga pimpinan tentera menyertai PAS menjelang pilihan raya tahun 2004 dahulu.

“Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi,Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof dan Datuk Ramli Buyong, Naib Presiden Kanan Felcra Berhad baru-baru ini menyertai PAS.

“Sebelum ini, bekas duta, Datuk Yeop Adlan telah lama menyertai PAS,” kata ahli parlimen Kubang Kerian itu lagi.

Musa Hassan  menegaskan beliau pernah menolak lamaran parti pembangkang dan tidak akan menyertai politik.

Walaupun pernah dilamar oleh salah satu parti dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR), bekas KPN itu menolaknya kerana merasakan lebih baik untuk tidak berada dalam politik.

“Orang seperti saya (bekasKPN) lebih baik tidak menyertai politik,” kata Musa dalam wawancara ekslusif bersama TheMalaysian Insider baru-baru ini.

Prof. Datuk Dr. Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),tidak bersetuju jika dikatakan terdapat trend bekas pengawai tertinggi kerajaan menyertai parti pembangkang seperti PAS.

“Jika katakan terdapat trend, itu ‘over statement’ ramai pesara-pesara kerajaan termasuk pegawai tertinggi menyertai Barisan Nasional (BN), cuma tidakdi ‘high light’,” kata pensyarah UKM itu.

Menurut Dr. Agus, kemasukkan bekas-bekas pegawai tertinggi kerajaanmenyertai PAS membuktikan tidak semua penjawat awam akan mengundi BN dalam pilihanraya dan mereka adalah “silent voters” yang lebih merbahaya.

“Jika terdapat polisi atau dasar kerajaan dibuat dan tidak dipersetujuioleh penjawat-penjawat awam, mereka-mereka ini akan menjadi ‘silent voters’ yang tidak akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang.

“Golongan ini (silent voters) lebih merbahaya kerana kelihatan sepertimenyokong kerajaan dan buat program untuk kerajaan tetapi mengundi menentangkerajaan,” kata Dr. Agus lagi.

Kemasukkan bekas pegawai -pegawai kanan kerajaan kedalam PAS menambahkanlagi kekuatan kepada parti tersebut.

PAS adalah musuh tradisi Umno zaman berzaman. Ditubuhkan selepaspenjajah British mengharamkan pergerakkan Islam Hizbul Muslimin pada tahun 1948.

PAS pernah dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Helmy – tokoh nasionalis yanglebih awal dari Umno dalam menentang penjajahan. Partinya, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) turut diharamkan British pada tahun 1948.

Selepas PRU 2008, PAS menjadi semakin kuat. Perpecahan akibat pertembungan garis pro dan anti kerajaan perpaduan tidak melemahkan partitersebut.

Pilihan raya umum ke 13 menjadi medan pertembungan antara PAS dan Umnodan kita akan dapat melihat siapakah yang lebih disokong rakyat, terutamanya bagi orang-orang Melayu.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.