Bahasa

Pesara tentera bantah perjanjian tanah LTAT

Sekumpulan 15 pesara tentera berdemonstrasi hari ini bagi membantah rancangan pembelian tanah di Bukit Raja oleh Boustead, unit dana pelaburan kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). — Gambar oleh Choo Choo May.Sekumpulan 15 pesara tentera berdemonstrasi hari ini bagi membantah rancangan pembelian tanah di Bukit Raja oleh Boustead, unit dana pelaburan kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). — Gambar oleh Choo Choo May.KUALA LUMPUR, 31 Dis — Sekumpulan pesara tentera berdemonstrasi di hadapan Menara Boustead hari ini untuk membantah rancangan pembelian tanah di Bukit Raja di tengah-tengah dakwaan penyalahgunaan kuasa terhadap kerajaan persekutuan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Sekumpulan 15 veteran yang diketuai oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berhimpun di hadapan pejabat Boustead Holdings Bhd di Jalan Raja Chulan dengan memegang sepanduk berbunyi, “Demi Kroni, Deepak dan Rosmah, LTAT diperalat” dan “(Datuk Seri) Zahid Hamidi gadai masa depan pencarum LTAT”.

Bantahan ini berlaku tatkala Boustead, unit dana pelaburan kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), membeli kepentingan 80 peratus dalam Astacanggih Sdn Bhd dengan harga RM30 juta serta sekeping tanah berharga RM130 juta dari Awan Megah.

“Kita mahu hari ini Boustead dan kakitangan mereka untuk bekerjasama dan menjelaskan perkara itu kepada kami sebagai penyumbang. Ini adalah wang awam,” kata Mohd Nazari Mokhtar, presiden kumpulan kepentingan bekas tentera Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT).

“Mereka jeneral yang duduk dalam lembaga pengarah Boustead mesti bersuara dan tidak terus diam,” kata Datuk Abd Hadi Khatab, penasihat bagi kumpulan lain Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (PAHLAWAN).

Beliau merujuk kepada lapan pesara pegawai tertinggi tentera yang menjadi ahli lembaga pengarah Boustead bagi pihak LTAT.

LTAT Kementerian Pertahanan, melalui cabang pelaburan Boustead Khamis lalu mengumumkan rancangan untuk memperoleh tanah seluas 200 ekar dari syarikat Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah Awan Megah Sdn Bhd dengan RM130 juta.

Selain pembelian tanah, dana itu juga akan membeli syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd dengan RM30 juta, yang sebelum ini disifatkan Rafizi sebagai "rasuah secara terang-terangan" dan bertujuan untuk menutup mulut peniaga itu daripada mengeluarkan lebih banyak kenyataan kontroversi menentang kerajaan.

Kumpulan pesara cuba memasuki pejabat Boustead di tingkat 28 untuk melihat saham dan dokumen perjanjian penjualan tanah yang boleh dilihat untuk tontonan umum bermula hari ini, akan tetapi dihentikan oleh kakitangan keselamatan.

Kakitangan Boustead mendakwa pemegang saham hanya syarikat dibenarkan untuk melihat dokumen, tetapi tidak pencarum LTAT.

Sebagai respons kepada itu, Rafizi mengisytiharkan dia akan membeli unit saham Boustead dan kembali dalam beberapa hari dengan kumpulan pesara tentera yang lebih besar.

Kakitangan Boustead yang berada di situ enggan mengulas mengenai kejadian itu.

MENYUSUL LAGI

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.