Bahasa

Pilihan raya 2013 tidak mudah bagi Pakatan

Penganalisis dan ahli politik pembangkang yakin PR akan mendapat undi besar daripada pengundi kali pertama akan tetapi hasil kajian mencadangkan pertempuran lebih hebat daripada yang dijangkakan. — Gambar AFPPenganalisis dan ahli politik pembangkang yakin PR akan mendapat undi besar daripada pengundi kali pertama akan tetapi hasil kajian mencadangkan pertempuran lebih hebat daripada yang dijangkakan. — Gambar AFPKUALA LUMPUR, 19 Jan — Dalam keadaan sekarang, undi pengundi baru berpecah menurut kaji selidik terbaru Merdeka Center yang menunjukkan separuh pengundi kali pertama menyokong Datuk Seri Najib Razak, bertentangan dengan persepsi pengundi kali pertama berkemungkinan besar menyokong Pakatan Rakyat (PR).

Hampir satu daripada dua rakyat Malaysia yang di tinjau di antara November dan Disember dalam kajian “Pandangan Umum Pengundi Kali Pertama” mengatakan mereka gembira dengan pencapaian perdana menteri walaupun hanya empat daripada 10 mengatakan mereka berpuas hati dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) semenjak Najib mengambil alih daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009.

Penemuan terbaru kelihatan menyokong kajian awal pengumpul suara bebas itu mengenai penilaian awam kepada parti pemerintah ketinggalan belakang pemimpin BN itu walaupun dengan pemberian wang tunai, pembaharuan ekonomi dan undang-undang yang diperkenalkan sejak empat tahun lalu.

Populariti Najib bantu BN

Firma penyelidikan bebas menemubual 826 pengundi baru berdaftar di Semenanjung Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas mendapati, Najib paling popular di kalangan kaum India pada 64 peratus berbanding enam daripada 10 Melayu dan paling rendah di kalangan kaum Cina, dengan enam daripada 10 mengatakan mereka kecewa dengan PM.

Sebaliknya, BN ketinggalan lapan mata peratusan berbanding Najib, dengan 41 peratus pengundi kali pertama meluluskan berbanding 49 peratus yang menyokong Najib.

Parti pemerintah turut diberi nilai satu mata peratusan lebih rendah daripada pengundi kali pertama tentang kepuasan dengan kerajaan persekutuan, pada 42 peratus.

Penganalisis politik telah mencadangkan bahawa BN bergantung kepada populariti peribadi Najib untuk mendekatkan diri mereka kepada pengundi kali pertama.

Kaji selidik itu juga menunjukkan perpecahan dalam isu-isu yang dirasakan penting untuk setiap kumpulan etnik, dengan masyarakat Cina mengatakan mereka yang paling bimbang dengan rasuah manakala isu emotif menyentuh bangsa dan agama adalah penting bagi orang Melayu.

Lebih separuh daripada pengundi kali bertama Melayu yang ditinjau mengatakan mereka mahu melihat ahli politik berdebat Melayu dan kesaksamaan hak berbanding berbincang tentang kos kehidupan dan rasuah.

Selain itu, hampir separuh daripada pengundi kali pertama Melayu yang ditinjau di semenanjung mengatakan mereka tidak lagi menerima kenyataan kedudukan istimewa semakin diancam disebabkan permintaan dari kumpulan etnik lain.

“Pandangan Umum Pengundi Kali Pertama” dijalankan di antara November dan Disember tahun lalu dan hasil kajian dikongsi kepada The Malaysian Insider semalam menunjukkan pengundi kali pertama merasakan sukar untuk berhadapan dengan kos barang meningkat. Namun begitu lebih separuh daripada mereka sudah membuat keputusan tentang siapa yang akan diundi dalam pilihan raya umum ke 13.

Penganalisis dan ahli politik pembangkang yakin PR akan mendapat undi besar daripada pengundi kali pertama akan tetapi hasil kajian mencadangkan pertempuran lebih hebat daripada yang dijangkakan.

Pengundi kali pertama yang membentuk 30 peratus daripada 13 juta populasi pengundi, dilihat menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya umum ke-13.

Kedua-dua Barisan Nasional dan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS telah melakukan serangan daya tarikan mensasarkan pengundi demografi muda menjelang pilihan raya yang mesti diadakan sebelum mandat BN tamat pada April.

Parti-parti pembangkang mendapat keuntungan yang signifikan pada pilihan raya umum ke-12, mengawal 82 daripada 222 kerusi Parlimen, selain memegang tiga negeri utama di sepanjang pantai barat semenanjung — Selangor, Pulau Pinang dan Kedah — di samping mengekalkan Kelantan semenjak 22 tahun lalu.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.