Bahasa

PKR desak siasatan terhadap projek LRT Ampang

Oleh Mohd Farhan Darwis
June 29, 2012

PETALING JAYA, 29 Jun — PKR hari ini mendesak pihak polis supaya menyiasat dakwaan pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa oleh perdana menteri berhubung pemberian projek pembinaan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) aliran Ampang bernilai RM960 juta.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli Ramli, berkata kepada pemberita hari ini beliau mempunyai “bukti kukuh” yang mengaitkan campurtangan Datuk Seri Najib Razak dalam pemberian projek tersebut, dan beliau juga telah membuat laporan polis terhadap perdana menteri tersebut.

“Apa yang mengejutkan adalah beliau sendiri telah memilih untuk memberikan projek tersebut kepada konsortium George Kent.

“Kami mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan campurtangan beliau dan menidakkan keputusan jawatankuasa pemilih,” kata Rafizi.

Rafizi dalam sidang media selepas buat laporan polis di Balai Polis Tropicana. — Foto oleh Choo Choy MayRafizi dalam sidang media selepas buat laporan polis di Balai Polis Tropicana. — Foto oleh Choo Choy MayPKR sebelum ini mendakwa “boleh membuktikan George Kent bukanlah konsortium yang dipilih untuk projek tersebut” sepertimana laporan akhbar Business Times.

Malah, Rafizi juga turut mempersoalkan laporan akhbar tersebut yang melaporkan pembida tersebut akan memenangi bidaan dengan jumlah RM960 juta bagi penyambungan LRT aliran Ampang dan menegaskan, “pembida itu tidak tersenarai dalam proses penilaian bidaan.”

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan hanya lima daripada lapan pembida melepasi penilaian teknikal dan komersial namun pemilik projek, Syarikat Prasarana Negara Bhd (SPNB) akhirnya mencadangkan satu daripada dua konsortium Korea Utara-PDA Consortium, kerana pembida lain tidak menepati beberapa syarat.

“George Kent tidak disenaraikan kerana gagal dari aspek teknikal dan komersial, jadi amat mengejutkan ia dispekulasikan untuk memenangi bidaan dan PKR mula melaporkannya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

PKR telah pun menunjukkan salinan dokumen rasmi daripada sebuah jaeatankuasa penilaian di Kementerian Kewangan yang bertarikh 25 Januari yang telah memutuskan untuk menyerahkan prek tersebut kepada Balfour Beatty Invensys Consortium.

Jawatankuasa itu adalah pihak tertinggi dalam penilaian yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga merupakan Menteri Kewangan.

Namun, Business Times bulan ini telah menspekulasikan konsortium George Kent bakal memenangi projek tersebut, mengulangi laporannya tahun lalu. Namun laporan itu perlu disahkan kerana PKR telah mendesak Najib untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

The Malaysian Insider turut melihat beberapa laporan yang menunjukkan George Kent tidak pernah terlibat dengan pengurusan projek mega berkenaan pembinaan landasan. Menurut laporan, konsortium tersebut dikenali sebagai pemain dalam insudtri air dengan projek bernilai RM40 juta.

Sumber berkata, berdasarkan pembentangan mereka,  George Kent mempunyai idea terhad untuk menguruskan projek tersebut, yang mana meliputi pembinaan sistem isyarat daripada sistem sedia ada dan penyambungan sisten sedia ada.

“Perdana menteri tahu sebahagian keputusan jawatankuasa pemilih akan membuktikan dakwaan kami.

“Kami akan terus membuat pendedahan, lebih banyak bukti akan didedlepas ini,” kata Rafizi dalam sidang media selepas laporan polis itu dibuat di Balai Polis Tropicana di sini.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi