Bahasa

PKR gunakan platfortm YouTube untuk tarik undi wanita

Oleh Syed Jaymal Zahiid
April 11, 2013
Latest Update: April 13, 2013 12:11 am

Dr Wan Azizah berkata sama seperti semua wanita di Malaysia, suri rumah mempunyai pelbagai tugas yang mencabar. – Gambar failDr Wan Azizah berkata sama seperti semua wanita di Malaysia, suri rumah mempunyai pelbagai tugas yang mencabar. – Gambar fail

Video berkenaan adalah siri daripada beberapa kompilasi video klip yang menyentuh isu kos sara hidup yang dihasilkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai senahagian daripada kadah kempen mereka melalui media sosial bagi pilihan raya kali ini.

“Wanita adalah tiang kepada pembangunan negara. Setiap perkembangan bermula di rumah ... dan sebagai wanita berkerjaya, saya turut memegang tanggungjawab di pejabat. Semuanya sangat berat.

“Sama seperti semua wanita di Malaysia. Suri rumah mempunyai pelbagai tugas yang mencabar ... namun, kos sara hidup meningkat. Pendapatan jadi tidak mencukupi. Keganasan terhadap wanita juga meningkat,” kata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail ketika melancarkan video berkenaan.

Video itu turut memaparkan seorang ibu tunggal Melayu tinggal di flat di tengah bandaraya menjaga dua anaknya. Dan dia juga menjaga anak perempuannya yang sedang membesarkan anak lelaki yang masih bersekolah dengan menjual kuih.

Antara setiap babak, turut dipaparkan beberapa kapsyen yang menunjukkan si ibu memegang tangan menunjukkan rasa kasih sayang dan mesej simbolik kepasa segalanya, termasuk pendidikan yang bermula di rumah.

Di hujung video itu kemudiannya tertera kapsyen: “undilah untuk perubahan, undilah untuk masa depan yang lebih baik.”

Dr Wan Azizah berkata video berkenaan adalah sebahagian daripada usaha parti untuk mendidik pengundi betapa pentingnya kerajaan dapat mengenalpasti perihak ekonomi dan peranan sosial untuk wanita.

“Saya percaya PR akan memastikan hak wanita bersama dengan usaha kami membina Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Penganalisis politik menjangkakan pengundi wanita yang merupakan pengundi atas pagar bakal menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya umum akan datang.

Bagi menambat hati kumpulan tersebut, PR dalam manifestonya turut menawarkan pemberian wang tunai dan isentif bagi meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

Antara tiga tawaran utama yang diumumkan mereka adalah caruman RM600 setahun wanita nasional sebagai tabung simpanan suri rumah, penubuhan agensi pembantu rumah tempatan, dan insentif RM1000 setahun untuk penjagaan anak-anak 12 tahun ke bawah.

Sementara Barisan Nasional (BN) pula memberi peluang untuk menambah jumlah wanita dalam kedudukan pembuat keputusan dan memberikan tawaran bekerja dari rumah, terutamanya bagi ibu tunggal.

 

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi