Bahasa

PKR kecam Ketua Pemuda Umno Gombak kerana serang ceramah Merdeka Rakyat

Lokasi Pemuda Umno berhimpun semasa mencetuskan provokasi dan membaling batu ke arah ceramah Pakatan Rakyat di  Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 Gombak. – Gambar-gambar oleh Md IzwanLokasi Pemuda Umno berhimpun semasa mencetuskan provokasi dan membaling batu ke arah ceramah Pakatan Rakyat di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 Gombak. – Gambar-gambar oleh Md IzwanKUALA LUMPUR, 5 Dis – Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mengecam Ketua Pemuda Umno Gombak Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang mengetuai sekumpulan samseng menyerang ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi.

Pergaduhan bermula kira-kira jam 10 malam semasa ahli parlimen Gombak tersebut memulakan ucapannya yang menyaksikan batu dan kayu dibaling ke arah orang ramai di  Dataran Sharuddin, Batu 8 ½.

”Saya sangat kesal dengan sikap biadap Umno ini, malahan ada juga yang cedera akibat sikap samseng ini,” kata Azmin ketika ditemui The Malaysian Insider selepas ketegangan diantara penyokong Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) reda malam tadi.

Menurut Azmin lagi, lebih mengecewakan lagi kerana Megat yang merupakan anak guru silat, Tan Sri Omar Din Mauju yang sengaja merancang provokasi semasa ceramah.

Timbalan presiden PKR itu mendakwa Megat dan kumpulan yang diketuainya melontar kata-kata kesat dan membaling objek ke arah lokasi ceramah.

“Mereka (Umno) menggunakan ahli silat untuk mencetuskan provokasi.

“

Md Haidir SamsuddinMd Haidir SamsuddinMegat sendiri mengetuai kumpulan tersebut mencetuskan provokasi dan bergaduh dengan sukarelawan Pakatan Rakyat (PR) disini,” tambah beliau lagi.

Dalam serangan tersebut, beberapa sukarelawan cedera di kepala akibat dibaling batu dan ada juga yang ditusuk dengan benda tajam semasa insiden.

Antara mangsa tersebut ialah Md Haidir Samsuddin, 48 yang cedera di kepala akibat terkena batu yang dibaling oleh samseng tersebut.

“Saya ketika itu di tepi jalan sedang mengawal keadaan semasa samseng Umno cuba buat kecoh.

“Tiba-tiba batu besar daripada seberang jalan jatuh mengenai kepala saya,” kata Haidir berdarah dikepalanya.

Ekoran kekecohan itu, sekumpulan Polis Bantuan Persekutuan (FRU) yang berada di lokasi dengan cepat mengawal keadaan dan membentuk perisai bagi memisahkan antara kedua-dua kumpulan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Rosly Hassan berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada individu yang tercedera serta mendakwa keadaan terkawal semasa insiden berlaku.

”Tiada laporan polis setakat ini dan keadaan terkawal,” kata Rosly semasa ditemui The Malaysian Insider ditempat kejadian.

Insiden serangan ke atas ceramah PR ini bukan yang pertama, sebelum ini di Lembah Pantai turut berlaku kejadian sama apabila ceramah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu sehingga menyebabkan ada hadirin yang tercedera.

Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa pemimpin Anwar dan pemimpin PKR berceramah ke seluruh negara turut menjadi mangsa apabila beberapa kali disimbah dengan cat dan dibaling batu.

Dalam ceramah malam tadi, selain Azmin dan Anwar, turut hadir adalah Tamrin Ghafar dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.