PKR nafi pegawai kementerian kewangan adalah pemberi maklumat George Kent
TERKINI @ 05:26:47 PM 15-08-2012
KUALA LUMPUR, 15 Ogos — PKR hari ini menafikan dakwaan penulis blog pro Umno bahawa Datuk Fauziah Yaacob dari kementerian kewangan adalah orang yang bertanggungjawab mendedahkan dokumen sulit bagi projek kontroversi penambahan laluan LRT Ampang yang telah diberikan kepada konsortium George Kent.
PKR mendakwa serangan terhadap Fauziah adalah sebagai amaran kepada kakitangan awam agar tidak menentang Barisan Nasional (BN).
“Saya boleh sahkan yang Datuk Fauziah Yaacob bukan orang yang bertanggungjawab memberikan dokumen kepada PKR, kata ketua wanita parti tersebut, Zuraida Kamaruddin (gambar) kepada wartawan.
“Kami merasakan serangan terhadap Datuk Fauziah Yaacob yang merupakan pegawai senior penjawat awam sebagai intimidasi dan menanamkan ketakutan kepada penjawat awam,” kata Rafizi Ramli yang turut bersama sidang akhbar tersebut.
Beliau mendakwa penulis-penulis blog yang menulis tentang Fauziah menerima bayaran daripada Umno.
Pengarah strategi PKR juga berkata serangan penulis blog Umno tidak beretika dan langkah Umno dan BN untuk memberi amaran kepada pemberi maklumat terutamanya penjawat awam.
"Saya fikir lebih ramai lagi pegawai-pegawai kerajaan akan kedepan sebagai pemberi maklumat," katanya.
Rafizi sebelum ini telah berulang kali menuduh Datuk Seri Najib Razak campurtangan dalam pemberian tender penambahan LRT Ampang dan memberikan kontrak bernilai jutaan ringgit kepada George Kent.
Rafizi mendakwa George Kent adalah kawan rapat kepada PM dan syarikat tersebut mendapat markah terendah dalam penilaian mengenai kemahiran teknikal dan komersil bagi projek tersebut.
George Kent walaubagaimanapun telah menafikan dakwaan Rafizi yang dikatakan tidak berasasbahawa GKLP-JV gagal dalam proses penilaian teknikal dan komersil bagi projek tersebut.
PKR mendakwa serangan terhadap Fauziah adalah sebagai amaran kepada kakitangan awam agar tidak menentang Barisan Nasional (BN).


