PKR Selangor tak puas hati dengan kerajaan negeri berkenaan isu perletakkan jawatan Latheefa Koya
KUALA LUMPUR, 17 Julai — Majlis Pimpinan Negeri (MPN) bagi PKR negeri Selangor tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri yang tidak berunding dengan mereka berhubung isu peletakan jawatan Latheefa Koya (gambar) sebagai ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
“Kami kecewa atas kerajaan negeri yang mengambil tindakan sendiri tanpa berunding dengan pimpinan PKR Selangor,” kata Zuraidah Kamaruddin yang merupakan Timbalan Pengerusi MPN bagi negeri Selangor.
Katanya lagi, Latheefa Koya telah memainkan peranan penting dalam memacu budaya politik baru di dalam parti dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Latheefa Koya mengesahkan telah menghantar surat perletakkan jawatan yang berkuat kuasa serta merta apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam.
“Sah, saya sudah letak jawatan.
“Selebihnya saya tak mahu komen,” kata Latheefa.
Surat perletakan jawatan yang dikirim melalui email kepada The Malaysian Insider semalam menyatakan perletakan jawatan disebabkan oleh tindakan Latheefa menghantar email kepada pimpinan tertinggi PKR yang mempersoalkan MB Selangor berkenaan perumahan rakyat miskin dan tidak berkaitan dengan hal MBPJ.
“Berhubung perkara sama, kami ingin menasihat kerajaan negeri Selangor supaya lebih terbuka dengan kritikan terutama kerahsiaan dalam hal ini,” kata Zuraidah yang juga merupakan ahli parlimen Ampang.
Latheefa semalam melepaskan jawatannya selaku ahli majlis bagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) selepas difahamkan beliau akan disingkirkan dari jawatan tersebut.
KUALA LUMPUR, 17 Julai — Majlis Pimpinan Negeri (MPN) bagi PKR negeri Selangor tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri yang tidak berunding dengan mereka berhubung isu peletakan jawatan Latheefa Koya (gambar) sebagai ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya.



