Bahasa

PKR tanding sembilan kerusi parlimen dan 19 kerusi DUN di Perak

IPOH, 16 April — PKR akan meletakkan calon di sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Ketika program Jelajah Rakyat di Manjoi di sini malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata 80 peratus calon tersebut adalah muka baharu daripada golongan profesional.

Kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh parti pembangkang itu ialah Bagan Serai, Padang Rengas, Tambun, Gopeng, Tapah, Pasir Salak, Lumut, Bagan Datoh dan Tanjung Malim.

Kerusi DUN yang akan ditandingi ialah Pengkalan Hulu, Temenggor, Kenering, Kota Tampan, Batu Kurau, Kuala Kurau, Alor Pongsu, Kuala Sepetang, Ulu Kinta, Bukit Chandan, Bota, Tualang Sekah, Simpang Pulai, Teja, Chenderiang, Sungai Manik, Pangkor, Hutan Melintang dan Behrang.

Anwar berkata bagaimanapun kerusi DUN Manong masih dalam rundingan sebelum diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Perak mempunyai 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi DUN. — Bernama

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.