Bahasa

PKR teruskan perhimpunan malam ini

Gambar fail pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.Gambar fail pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, perhimpunan yang dianjurkan ini adalah berdasarkan semangat Akta Perhimpunan Aman (APA) yang diguna pakai sebelum ini di mana permit untuk perhimpunan tidak diperlukan, sekadar memaklumkan kepada pihak polis.

"Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad telah memaklumkan secara rasmi kepada pihak balai berkenaan.

"Ini bertepatan dengan amalan biasa sebelum ini memandangkan perhimpunan diadakan di tempat persendirian yang telah dipersetujui dengan pengurusan dan pemilik stadium," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menegaskan, perhimpunan yang dirancang PKR malam ini merupakan perhimpunan haram berikutan penganjur tidak membuat sebarang permohonan kepada polis.

Sehubungan itu, Ismail berkata, polis akan menahan peserta jika perhimpunan itu tetap diadakan.

"Penganjur perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Ini kerana tindakan berarak di tempat tertentu tanpa kebenaran bertujuan membangkitkan kemarahan adalah salah disisi undang-undang," katanya.

Mengulas perkara itu, Rafizi berkata, beliau percaya dengan keikhlasan dan kebijaksanaan pasukan polis di bawah pimpinan Ismail yang menghargai hak rakyat untuk berhimpun seperti ditunjukkan dalam perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengecam anasir penghasut yang cuba menakut-nakutkan rakyat terutamanya golongan bukan Melayu kononnya perhimpunan itu adalah satu alasan agar satu pergolakan kaum bermula.

"Beberapa pesanan ringkas merujuk kepada peristiwa 13 Mei yang kononnya dikaitkan dengan perhimpunan malam ini sedang berlegar jelas berniat jahat.

"Saya akan membuat satu laporan polis di Balai Polis Tropicana pada jam 3 petang ini agar pihak berkuasa menyiasat secepat mungkin pihak yang cuba menimbulkan huru-hara dan ketakutan dengan memainkan sentimen perkauman melalui edaran pesanan ringkas tersebut," katanya lagi.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments