Bahasa

PM akan melawat Lahad Datu hari ini

Oleh Boo Su-Lyn
March 07, 2013

Najib Razak (baju putih) berdarat pada resort Felda Sahabat. — Gambar Saw Siow FengNajib Razak (baju putih) berdarat pada resort Felda Sahabat. — Gambar Saw Siow FengLAHAD DATU, 7 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan datang ke sini hari ini untuk memantau operasi pasukan keselamatan negara melawan militan Sulu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Ahmad Zahid mengatakan, kedatangan Najib akan merangsang pasukan keselamatan negara sambil mengatakan Najib pernah menjadi menteri pertahanan selama 14 tahun.

“Beliau (Najib) pernah turun ke medan perang. Beliau pernah ke Bosnia,” kata Ahmad Zahid dalam sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein di sini hari ini.

Ketika ditanya apakah Najib akan ke Kampung Tanduo yang berlakunya serangan udara Selasa lalu untuk menghalau 200 militan Sulu, Hishamuddin berkata: “Beliau akan memberitahu kami.”

Ahmad Zahid juga enggan untuk mengesahkan apakah serangan udara telah membunuh mana-mana pemberontak Filipina, sebaliknya memberitahu pemberita untuk merujuk kepada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Zulkifeli memberitahu semalam, tiada militan Sulu yang dilaporkan terkorban dari serangan pada Selasa pagi.

Beliau menegaskan Sembilan mayat militan Sulu ditemui semalam adalah mereka yang terbunuh dalam pertempuran pada Selasa dan bukan daru serangan udara. 12 penyokong Sultan Sulu terbunuh Jumaat lalu.

Zulkifeli menambah, seorang pemberontak Sulu ditembak mati pagi semalam, menjadikan jumlah militan Sulu yang terbunuh adalah 13 orang.

Puteri Sultan Sulu Jacel Kiram dilaporkan semalam berkata pemimpin militan Sulu Agbimuddin Kiram dan kumpulannya terselamat daripada serangan udara pada Selasa.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi