Bahasa

Polis akan kawal perhimpunan 12 Januari, kata Pakatan

Oleh Ida Lim
January 08, 2013
Latest Update: January 09, 2013 05:11 am

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, TImbalan Presiden PAS Mohd Sabu dan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali di sidang akhbar tentang perhimpunan. — Gambar oleh Saw Siow FengSetiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, TImbalan Presiden PAS Mohd Sabu dan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali di sidang akhbar tentang perhimpunan. — Gambar oleh Saw Siow Feng

Menurut Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar berkata perhimpunan ini akan menjadi "peristiwa bersejarah" di mana mereka belajar dari peristiwa lepas.

"Ditegaskan tadi dalam perjumpaan, IGP (Ketua Polis Negara) berhasrat ini akan menjadi detik bersejarah, untuk belajar dari kelemahan dan kekurangan program-program terdahulu," kata Saifuddin selepas beliau dan penganjur bertemu dengan KPN, Timbalan KPN dan pemimpin tertinggi polis disini.

"Beliau berhasrat untuk memberi servis terbaik untuk memastikan semua hak yang termaktub dalam undang-undang dan Perlembangan dihormati," katanya.

Beliau mengatakan perbincangan selama satu jam di ibu pejabat Bukit Aman sebagai "kondusif", dan berkata perbincangan adalah sekitar perhimpunan dan Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012.

Saifuddin menyeru peserta perhimpunan untuk menyertainya seperti menyertai "pesta".

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang juga berada dalam sidang media berkata polis memberi kerjasama penuh semasa perbincangan.

"Dan mereka (pihak polis) sendiri akan bersama-sama memastikan himpunan 12 Januari...akan berlangsung dalam keadaan aman dan damai.Beliau berkata penganjur perlu menunggu keputusan sehingga tengah hari esok dari Badan Warisan Merdeka sama ada mereka dibenarkan menggunakan Stadium Merdeka untuk perhimpunan tersebut.

Sekiranya ada perubahan tempat, Saifuddin berkata penganjur akan memberitahu polis untuk memudahkan tugas mereka selaku fasilitator.

Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata peserta tidak akan berarak.

Di bawah Akta Perhimpunan Aman, protes jalanan yang didefinasikan perhimpunan di tempat terbuka yang melibatkan perarakan beramai-ramai adalah dilarang.

Mat Sabu hari ini mengulangi bahawa perdana menteri telah berjanji untuk membenarkan perhimpunan aman seperti di Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil.

Gabungan menuntut perubahan pilihan raya Bersih 2.0 cuba mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka pada 9 Julai 2011 tetapi dibatalkan oleh pihak berkuasa pada saat akhir.

Pada perhimpunan ketiga Bersih pada 28 April lalu, kerajaan menawarkan stadium bersejarah tersebut selepas gabungan tersebut memilih Dataran Merdeka tetapi tawaran Putrajaya ditolak kerana dikatakan terlalu lambat.

Perhimpunan 12 Januari ini menyaksikan kumpulan menuntut perjuangan mereka menjelang pilihan raya 2013, termasuk menutup kilang nadir bumi Lynas di Kuantan, membayar royalti lebih adil kepada negeri pengeluar minyak, pendidikan percuma dan pilihan raya bersih dan adil.

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi