Bahasa

Polis akui serangan terhadap peserta himpunan Bersih dan wartawan ‘tak bertanggungjawab’

TERKINI @ 07:29:33 PM 13-09-2012

Oleh Hafidz Baharom

September 13, 2012

KUALA LUMPUR, 13 Sept — Seorang pegawai polis veteran hari ini mengakui serangan terhadap peserta dan wartawan oleh polis semasa himpunan Bersih pada 28 April lalu sebagai “hina, tak bertamadun dan tidak boleh diterima”.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa membuat pengakuan tersebut didalam inkuiri dengan pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ke atas himpunan reformasi pilihanraya 28 April lalu yang telah dicemari insiden ganas dan kelam kabut.

Beliau turut memberitahu SUHAKAM bahawa polis sepatutnya tidak boleh menahan peserta yang bersurai dengan menarik mereka keluar daripada restoran.

“Tindakan ini sangat hina, tak beradab dan sama sekali tidak boleh diterima. Saya akan siasat dan ambil tindakan,” kata Khairi.

Khairi juga menambah peranan media telah diakui sejak lama dulu lagi dan polis sepatutnya tidak mengganggu mereka kerana mereka hanya menjalankan tugas yang diberi.

“Semasa taklimat pada hari tersebut, saya memberitahu mereka kepada bahawa wartawan hanya menjalankan tugas mereka. Saya juga berpesan jangan mengasari mereka kerana ia akan mencalar imej polis,” katanya lagi.

 Apabila ditanya sama ada terdapat keperluan untuk polis memberi taklimat kepada media sebelum himpunan, Khairi tidak bersetuju dan berkata ia tidak perlu.

"Mereka (wartawan) telah wujud sejak sebelum Merdeka. Sebaliknya, kita (polis) mesti memahami kebebasan mereka dan tidak perlu takut dengan laporan mereka," tambah beliau.

Walaubagaimanapun, Khairi berkata perlu ada satu memorandum persefahaman antara wartawan dan polis untuk menghadkan pergerakan wartawan semasa perhimpunan bagi mengelak mereka diganasi.

"Tetapi untuk itu berlaku ia memerlukan maklum balas daripada kedua-dua belah pihak," katanya.

Khairi juga menjelaskan tangkapan oleh pihak polis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah berdasarkan "prinsip undang-undang" itu sendiri.

"Walaupun undang-undang telah diwartakan pada 23 April, buku itu belum dikeluarkan pada 25 April.

"Saya menghubungi penerbit dan mereka beritahu bahawa ia tidak dicetak lagi disebabkan kelewatan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri," katanya.

Sebaliknya, Khairi berkata pihak polis hanya diberi taklimat pada 28 April untuk menggunakan draf undang-undang tersebut.

Pengakuan Khairi berakhir dalam sesi yang berlangsung pada hari ini.

Siasatan panel yang diterajui Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata pihak sekretariat akan mengumumkan persidangan akan datang akan diadakan pada tarikh yang akan diberitahu kemudiaan, ia termasuk mungkin termasuk lawatan ke pusat tahanan polis yang digunakan untuk menempatkan peserta himpunan pada 28 April lalu.

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi