Bahasa

Polis nafi ubah statistik jenayah

Oleh Boo Su-Lyn
February 07, 2013

KUALA LUMPUR, 7 Feb — Polis hari ini menafikan mengubah statistik jenayah selepas badan pemerhati jenayah mendakwa semalam polis mengeluarkan statistik jenayah yang lebih rendah berbanding kadar jenayah sebenar.

Semalam MyWatch turut memberikan kepada media salinan surat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Bakri Zinin bertarikh 13 Oktober 2011 yang merekodkan 17,882 kes jenayah ragut berbanding dengan indeks jenayah dikeluarkan 7,324 kes; termasuk 43,792 kes rompakan dan pecah rumah pada masa sama, berbanding angka 30,200 yang diumumkan pihak polis.

“Ini adalah manipulasi surat saya dan statistik untuk menunjukkan ada yang tidak kena dengan pasukan polis,” kata Bakri (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Jadi saya akan adakan sidang akhbar untuk menerangkan dengan lebih lanjut,” tambah beliau.

MyWatch yang dinaungi oleh bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan juga mengatakan semalam polis tersalah mengira kadar kes yang diselesaikan antara tahun 2011 dan 2012, membangkitkan kes kecurian kenderaan, ia dikira selesai sebaik sahaja kenderaan itu dijumpai tanpa menahan suspek.

Badan pemerhati jenayah juga berkata bulan lepas kadar jenayah telah meningkat tahun lalu, dan kenderaan yang dicuri pada Julai-September pada 2012 meningkat pada kadar 3.5 peratus, atau 624 kes, berbanding tempoh sama pada 2011.

MyWatch mengatakan kadar jenayah seperti ugutan, penculikan, penderaan diklasifikasikan sebagai jenayah bukan indeks, yang mana tidak termasuk dalam statistik jenayah.

Pihak polis memecahkan jenayah kepada dua bahagian, indeks dan bukan indeks — dengan yang sebelumnya dilaporkan sebagai jenayah perundangan yang mencukupi dan memberikan kesan kepada indikator situasi jenayah, di mana diterima sebagai perkara kecil.

Musa mendesak polis mengeluarkan statistik jenayah mengatakan polis “perlu membuatkan rakyat merasakan jenayah telah menurun”.

Bekas KPN sebelum ini menuduh kerajaan menyembunyikan fakta tentang kadar jenayah daripada orang ramai.

Akan tetapi polis pada Ogos menjawab dengan maklumat teperinci pertuduhan mengatakan mereka memanipulasi statistik jenayah.

Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) mengatakan Julai lalu indeks jenayah di Malaysia menurun 10.1 mata peratusan dari Januari hingga Mei tahun lalu berbanding daripada waktu sama pada 2011.

Pemandu sebelum itu juga mengeluarkan angka menunjukkan indeks jenayah telah turun 11.1 mata peratusan dari 2010 ke 2011, sementara jenayah jalanan pula turun 39.7 mata peratusan pada waktu sama.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi