Bahasa

Polis sahkan RAPID bukan punca keluarga bunuh diri di Pengerang

Oleh Mohd Farhan Darwis
January 03, 2013
Latest Update: January 03, 2013 11:57 pm

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Insiden membunuh diri tiga sekeluarga di Pengerang, Johor, tiada kaitan dengan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang bernilai RM60 bilion, kata polis.



The Malaysian Insider

“Ianya telah diputar-belitkan oleh media yang tidak bertanggungjawab.”

Dalam satu kenyataan, Che Mahazan berkata, ketika 1 Januari lalu sekitar jam 11.05 pagi, polis Pengerang telah menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan terdapat seorang perempuan dan dua lelaki terbaring di sebuah rumah di Kampung Jawa, Pengerang, Kota Tinggi, dalam keadaan bilik rumah berkenaan bertutup rapat.

Siasatan polis jelasnya turut menjumpai pasu mengandungi arang terbakar di sebelah katil simati, dan hasil bedah siasat mendapati sebab-sebab kematian ialah “lemas akibat terhidu asap”.

“Motif bunuh diri kerana tertekan ‘depresi’ beban kehidupan untuk mengurus isteri yang telah uzur serta anak yang cacat ‘down sindrom’,” katanya dalam kenyataan.

“Pihak polis meminta orang ramai supaya tidak memutar belitkan fakta dalam kejadian ini.”

Sumber daripada Umno Pengerang pula berkata, Mew Soon juga membuat laporan polis di Balai Polis Pengerang semalam ekoran laporan media yang menyebut tiga beranak itu membunuh diri akibat tidak mendapat pampasan sewajarnya daripada pembangunan projek RAPID.

“Kejadian ini juga tiada kaitan dengan isu pampasan tanah projek RAPID ... pengadu juga tidak berpuas hati dengan laporan akhbar yang menyatakan abangnya mati (membunuh diri) kerana tekanan akibat isu tanah pusaka dan juga tidak berpuas hati terhadap juru gambar yang mengambil gambar mayat abang, kakak ipar dan anak saudaranya.”

Dalam satu kenyataan semalam, Gabungan NGO Pengerang (GNP) yang berjuang menentang projek RAPID berkata kematian tiga beranak itu berkemungkinan  disebabkan tekanan yang bakal menyebabkan mereka kehilangan rumah tanpa pampasan yang sewajarnya.

“GNP sangat sedih dengan tragedi yang melanda keluarga miskin itu yang gagal mengawal tekanan hidup, disebabkan pengambilan tanah oleh pemaju dan akhirnya membunuh diri,” kata Bendaharinya, Chua Peng Sin, dalam satu kenyataan semalam.

“Kami juga menggesa kerajaan melihat perkara yang berlaku, dikhuatiri akan berlaku lebih banyak tregedi di Pengerang.”

Katanya, beliau dimaklumkan saudara terdekat keluarga itu telah menerima notis makluman bahawa rumah yang didudukinya akan diambil RAPID dan mereka hanya akan menerima wang pampasan RM20,000 kerana rumah itu dibina di atas tanah orang lain.

“Selepas Pang menerima surat pengambilan tanah itu, dia ada meminta bantuan kerajaan pemerintah, malah sudah memaklumkan dia akan membunuh diri,” kata Chua.

Mayat ketiga-tiga mereka dijangka akan diserahkan kepada keluarga dan akan disemadikan selepas tiga hari kemudian.

Pembangunan projek RAPID turut meliputi kawasan beberapa kampung tradisi termasuk Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang, Kampung Langkah Baik, Kampung Sebong, Kampung Batu Mas, Kampung Jawa dan Kampung Sungai Buntu.

Projek RAPID dijangkaan akan meliputi kawasan seluas lebih 6424 ekar untuk pembangunan Projek Kompleks Bersepadu Pembangunan Pengerang (PIPC) seluas 22.500 ekar, di selatan Johor.

Projek yang menelan belanja RM170 bilion itu dijangka akan menjadikan Malaysia sebagai hab petrokimia mega dunia.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi