Bahasa

Populasi kaum tidak seimbang di kawasan perumahan akan dikaji

Populasi kaum yang tidak seimbang di kawasan perumahan adalah antara perkara yang akan dikaji dalam Majlis Perundingan Perpaduan Negara yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata beliau sedar keadaan sistem perumahan sekarang ini tidak menyediakan suasana untuk integrasi kaum dengan baik.

"Kabinet telah meluluskan penubuhan majlis ini...kami akan mewujudkan beberapa program yang boleh menyatupadukan dan ia tidak akan dibuat secara berasingan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian sempena perayaan Pesta Tanglung 2013 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kawasan-kawasan yang sering dikaitkan dengan kaum tertentu dan tidak mempunyai populasi kaum yang seimbang misalnya Bukit Bintang dan Seputeh yang dikaitkan dengan kawasan Cina, Keramat dan Ulu Klang yang mempunyai majoriti penduduk Melayu dan Brickfields yang mempunyai ramai penduduk India.

Katanya, disebabkan situasi ini, kerajaan akan mewujudkan satu program khas yang dinamakan 'Unity Hold' tidak lama lagi untuk menyedarkan masyarakat bertapa pentingnya perpaduan negara.

Kira-kira 1,000 orang terdiri daripada penduduk pelbagai kaum sekitar Wangsa Maju dan Setapak menghadiri program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di kawasan PPRT Ayer Panas hari ini. - Bernama, 5 Oktober, 2013.

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments