Bahasa

Presiden KGNS nafi Syed Mokhtar berminat tanah kelab golf

Oleh Lee Wei Lian
April 17, 2012

KUALA LUMPUR, 17 April — Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary tidak terlibat dengan cubaan untuk menswastakan tanah milik Kelab Golf Negara Subang (KGNS), kata Presiden kelab berkenaan, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

Kenyataan itu dibuat selepas laporan sebelum ini menyebut jutawan logistik itu, Perspective Lane Holding, telah bergabung dengan Sunway untuk menyerahkan kertas cadangan dengan nilai yang tinggi terhadap 330 ekar tanag KGNS yang berada di lokasi strategik antara Subang Jaya dan Petaling Jaya.

Megat Najmuddin (gambar), yang juga Pengerusi dan Pengarah bebas Tradewinds Corp, satu lagi syarikat yang mempunyai hubungan dengan Syed Mokhtar, berkata kepada The Malaysian Insider, pihaknya telah bercakap dengan dua pengarah lain Perspective Lane yang menafikan telah menyerahkan kertas cadangan berhubung penswastaan itu.

“Saya telah semak dengan pengarahPerspective Lane, kedua-dua mereka menafikan (laporan penswastaan) itu,” kata Megat Najmuddin ketika dihubungi semalam, dan menambah, salah seorang daripada pengarah itu adalah seorang abang-adik kepada Syed Mokhtar.

Tambahnya, sebarang cubaan itu menswastakan tanah milik kerajaan itu akan menjadi “pembunuhan politik” kerana kelab itu diasaskan oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman, melalui akta Parlimen pada 1960.

“Untuk menjual tanah itu, ia memerlukan akta lain di Parlimen,” tegasnya. “Kita perlu menghormati undang-undang, ataupun ia hanya menjadi bahan ejekan. Adalah tidak mungkin untuk membeli kelab tanpa tanahnya.”

KGNS, yang tidak mempunyai pajakan mutlak ke atas tanah, sekarang sedang mempertahankan diri daripada tuntutan mahkamah yang dibuat Suruhanjaya Tanah Persekutuan untuk memindahkan tanah itu yang dibuat pada 2004.

Jelas Megat Najmuddin, tuntutan itu disebabkan kab berkenaan membenarkan kaveat itu dilepaskan tahun lalu bagi mengelakkan mereka “berkeras” dengan kerajaan.

“Kami sedang menantikan Peguam Negara untuk mengemukakan tarikh dan kami boleh berbincang bagi menyelesaikan masalah itu,” katanya.

Tambah Megat Najmuddin, walaupun kelab golf itu tidak mempunyai pajakan tetap, beliau tetap percaya masih ada lagi “hak” mereka berdasarkan perundangan.

“Rancangan untuk mengambil alih tanah itu adalah satu tindakan tidak masuk akal,” tegasnya.

The Edge Financial Daily semalam melaporkan Perspective Lane dan Sunway City telah menyerahkan kertas cadangan mereka tahun lepas.

Pengarah Urusan Hartanah Sunway, Ho Hong Sang, berkata, mereka sentiasa mencari peluang terbuka.

Sementara eksekutif Sunway pula berkata kertas cadangan itu berada di tahap “awal”.

KGNS telah diilhamkan oleh Perdana Menteri pertama Tunku sebagai lokasi kakitangan kerajaan boleh bergaul dengan masyarakat dan institusi bersejarah buat mereka yang membesar di Petaling Jaya.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi