Proham mahu RCI lebih kuasa di Sabah
KUALA LUMPUR, 12 Ogos - Kumpulan hak asasi manusia Proham mahu Putrajaya memberikan lebih kuasa untuk panel suruhanjaya diraja untuk menyiasat masalah pendatang tanpa izin, dengan berkata untuk memberi keyakinan terhadap masyarakat yang mempertikai kewarganegaraan diberi dengan mudah.
Pemberian kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin di Sabah sering kali menjadi isu hangat setiap kali pilihan raya, dengan pembangkang menuduh parti pemerintah Barisan Nasional (BN) menggunakannya sebagai umpan untuk mendapatkan undi.
- Gambar failProham, iaitu sekumpulan bekas pesuruhjaya di dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), meminta kerajaan persekutuan untuk memberi Suruhanjaya Diraja ini dua lagi syarat yang mereka fikirkan sangat penting untuk menyelesaikan masalah ini.
"Proham dengan ini mahu kerajaan persekutuan untuk menambah lagi dua syarat untuk menjadikan suruhanjaya diraja ini lebih efektif demi mencari maklumat tentang penambahan pendatang tanpa izin, termasuk melihat prosedur operasi serta syarat untuk memastikan tidak berlaku sebarang kegagalan," kata pengerusinya Tan Sri Simon Sipaun dan setiausahanya Datuk Denison Jayasooria.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) mengumumkan syarat untuk RCI, untuk mendapatkan sokongan dari komponen parti-parti BN di Sabah tetapi terus dikritik oleh pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dengan berkata "terlalu lewat" dan "tidak mempunyai kuasa".
Namun begitu pemantau hak asasi manusia menerima perkara ini dengan baik kerana panel RCI terdiri dari mereka yang mengetahui selok-belok undang-undang, pentadbiran, dan akademik walaupun kekurangan wakil dari kaum wanita.
Lima orang panel RCI diwakili oleh bekas penjawat awam, diketuai oleh ketua hakim besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim, bekas ketua polis Kuala Lumpur, bekas setiausaha negeri Sabah, bekas peguam negeri Sabah dan bekas naib canselor Universiti Malaysia Sabah.
RCI ini mempunyai tempoh enam bulan untuk menyiasat dakwaan tentang pendatang tanpa izin yang diberi kewarganegaraan oleh BN sebagai ganti kepada undi kepada parti pemerintah itu untuk kekal berkuasa.





