Bahasa

PRU13 masa terbaik rakyat Kelantan tukar kerajaan, kata Najib

May 02, 2013

 

KOTA BAHARU, 2 Mei — Menjelang penghujung kempennya di pantai timur, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meniup semangat rakyat Kelantan apabila menegaskan pilihan raya umum kali ini merupakan masa paling sesuai untuk rakyat negeri ini menukar kerajaan.  

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata suasana politik di Kelantan ini kini dilihat lebih baik berbanding ketika pilihan raya umum pada 2004 dan 2008, yang memberi indikasi sokongan rakyat semakin cenderung kepada BN. 

“Peluang berjumpa orang Kota Baharu hari ini saya nak tanya adakah suasana hari ini lebih baik daripada 2004, 2008? 

“Kalau hari ini lebih baik, saya nak isytiharkan tahun ini sebagai tahun Kelantan tukar kepada BN...kalau tahun ini tak tukar jugak saya tak tahu la bila lagi,” katanya yang disambut sorakan kira-kira 15,000 warga Kota Baharu yang berkumpul di Maktab Sultan Ismail di sini. 

Hadir sama Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan pengerusi Datuk Dr Awang Adek Hussein, calon BN bagi parlimen Kota Baharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payung, Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim, Tan Ken Ten (Kota Lama) dan Kanidy Omar (Tanjung Mas). — Bernama

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi