7-day Archive: 
The Malaysian Insider

Bahasa

PSC: AG kata daftar pemilih automatik perlu pindaan Perlembagaan

November 16, 2011

KUALA LUMPUR, 16 Nov — Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) bahawa pelaksanaan pendaftaran pengundian secara automatik memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi PSC Datuk Seri Maximus Ongkili memberitahu pemberita bahawa Gani ada memaklumkan langkah itu memerlukan pindaan ke atas Artikel 119(4)(b) Perlembagaan.

“Peguam Negara (gambar) berkata pendaftaran secara automatik akan memerlukan pindaan ke atas Perlembagaan dan juga peraturan-peraturan (berkaitan),” katanya lagi.

Klausa dalam Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa tarikh layak bagi pengundi bermakna tarikh bila seseorang memohon mendaftar sebagai pemilih atau tarikh ia memohon untuk menukar kawasan pilihan raya.

Bersih 2.0 telah mengemukakan lapan tuntutan dengan salah satunya ialah mengadakan pendaftaran pemilih secara automatik.