Bahasa

PSC usul penstukturan semula SPR untuk jaminan kebebasan

Oleh Clara Chooi
April 03, 2012

KUALA LUMPUR, 3 April 3 — Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berkenaan penambahbaikan pilihan raya telah mengusulkan penstukturan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan kebebasan badan berkenaan, termasuk meningkatkan kuasa penguatkuasaan dan kakitangan dan meletyakkannya terus di bawah Parlimen.

“Ini bagi memastikan kebebasan SPR tidak akan dipersoalkan,” jelas laporan panel tersebut.

Laporan berkenaan turut mencadangkan persiapan “skim perkhidmatan khas” untuk kakitangan SPR.

“Jawatankuasa ini turut mencadangkan menolak segala dakwaan terhadap kebebasan SPR, pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan ahli SPR perlu sama dengan pelantikan hakim di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Tinggi,” kata PSC.

Ketika ini, Artikel 114 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong, selepas nasihat Majlis Raja-Raja, melantik ahli SPR, termasuk pengerusi, timbalannya, dan lima lagi ahlinya.

PSC turut menjelaskan “kekurangan tenaga kerja” dalam SPR termasuk kebergantungan badan berkenaan terhadap pihak berkuasa yang lain dalam menjalankan tugasnya.

“Jawatankuasa ini mencadangkan skop tugas yang lebih besar, berdasarkan beban SPR, organisasi ini perlu dirombak bagi memastikan ia memperolehi kuasa untuk menjalankan undang-undang pilihan raya ,” jelas PSC dalam laporan berkenaan, dan menjelaskan itu akan mengurangkan kebergantungan SPR kepada agensi penguatkuasa yang lain.

PSC menambah, SPR harus turut meningkatkan tenaga kerja, memperbaiki jawatan sedia ada, dan membekalkan mereka dengan kewangan yang “mencukupi dengan tugas dan tanggungjawab mereka, termasuk beban, dan cabaran.

Selain itu, panel juga mencadangkan “kadar jangka panjang” tiga entiti berlainan perlu dibentuk untuk menguruskan tiga tugas utama SPR,- menjalankan pilihan raya, menyiapkan dan menyemak sistem pengundian, dan menyemak cabang persekutuan dan negeri ke dalam kawasan pilihan raya dan mencadangkan perubahan sekiranya perlu.

Panel turut mencadangkan jumlah kerusi di Dewan Rakyat untuk diseimbangkan antara semenanjung dan Malaysia Timur.

Ini kerana menurut Jawatankuasa Hubungan Kerajaan (IGC) dan pembentukan Malaysia pada 1963 meliputi Sabah, Sarawak, dan Singapura akan mendapat 34 peratus daripada kerusi di Dewan.

Ketika ini terdapat 222 kerusi Parlimen.

“Jawatankuasa mencadangkan kajian menyeluruh dijalankan dan cadangan tersebut dilaksanakan berdasarkan prinsip pembentukan Malaysia,” kata panel.

Laporan 79 muka surat daripada PSC telah diluluskan petang ini tanpa dibahaskan selepas wakil rakyat pembangkang enggan menerima keputusan Speaker Dewan Rakyat menolak usul mereka untuk membincangkan “laporan minoriti” dalam hasil laporan panel berkenaan.

Laporan minoriti itu akan memberikan kesan kepada tiga panel Pakatan Rakyat (PR) dalam PSC yang mana sebelumnya tidak bersetuju terhadap empat daripada 22 cadangan yang dibentangkan hari ini.

Sembilan ahli bipartisan PSC telah diumumkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu setelah berbulan lamanya pentadbiran beliau menerima kritikan ketika menguruskan perhimpunan Bersih kedua pada 9 Julai.

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi