Bahasa

Pulau Pinang mahu undang-undang keras kepada pelompat parti

Oleh Ida Lim
August 21, 2012

KUALA LUMPUR, 21 Ogos —  Pulau Pinang akan meluluskan undang-undang anti-lompat parti pada November ini menjelang pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Lim (gambar), yang juga setiausaha agung DAP berkata, beliau akan  “bersungguh-sungguh memastikan undang-undang itu dapat dilaksanakan pada sesi Dewan Undangan Negeri nanti.”

Kenyataan beliau menyusul selepas pengerusi DAP Karpal Singh dilaporkan berkata bahawa parti itu “tidak akan bertolak ansur dengan melompat parti.”

Lim berkata cadangan undang-undang itu akan memastikan “intergriti dalam politik bagi memastikan wakil rakyat tidak dibeli dan tidak mengkhianati mandat yang diberi daripada rakyat.”

“Sudah pasti (undang-undang anti-lompat parti) akan dianggap tidak mematuhi Perlembagaan oleh mahkamah persekutuan, tetapi kita perlu melihat semula undang-undang ini. Pandangan ini juga disokong oleh beberapa orang menteri,” katanya lagi.

Lim merujuk kepada tahun 1992 di mana mahkamah tertinggi negara itu menentang undang-undang anti lompat parti itu melanggar hak untuk berpersatuan dalam perlembagaan persekutuan.

“Tapi kita akan melihat sekali lagi memastikan jika undang-undang ini berkesan dan mampu menghalang ‘katak-katak’ dari terus melompat,” katanya dalam sidang medianya di George Town hari ini.

Satu rakaman audio sidang media itu dihantar ke The Malaysian Insider hari ini.

Sudah beberapa kali ahli parlimen di Malaysia menukar parti selepas menang.

Dalam pilihan raya 2008, Barisan Nasional (BN) telah kehilangan majoriti dua pertiga kerana kehilangan banyak kerusi di semenanjung dengan hanya menang 85 kerusi sementara pembangkang menang 80 kerusi.

BN juga kehilangan empat negeri — Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor selain gagal merampas Kelantan.

Tetapi empat ahli Dewan Undangan Negeri Perak lompat parti menyebabkan kerajaan negeri itu tumbang pada tahun 2009.

Baru-baru ini di Sabah, tiga ahli politik senior BN termasuk dua ahli parlimen dan seorang senator telah keluar parti dan menyokong PR.

Berdasarkan situasi di Sabah, BN memegang 53 kerusi di dua negeri Borneo itu sementara PR mempunyai empat kerusi.

Pilihan raya akan datang dijangka berlaku pertarungan sengit antara BN dan PR.

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi