Bahasa

‘Puteri’ Sulu dakwa kumpulan Kiram masih hidup, bersedia untuk lepaskan tawanan

Jacel (kiri) berkata pakciknya bersedia untuk melepaskan empat orang Malaysia ditawan. – Gambar Reuters Jacel (kiri) berkata pakciknya bersedia untuk melepaskan empat orang Malaysia ditawan. – Gambar Reuters

KUALA LUMPUR, 6 Mac — Pemimpin pemberontak Agbimuddin Kiram dan kumpulan militannya terselamat dari serangan operasi ketenteraan Malaysia kata “puteri” Sulu, Jacel Kiram pagi ini kepada stesen televisyen Filipina.

Anak kepada Jamalul Kiram, salah seorang daripada sembilan yang mendakwa memegang takhta Sultan Sulu, mengatakan pakciknya bersedia untuk melepaskan empat orang Malaysia ditawan, akan tetapi, mahu melakukannya dihadapan media antarabangsa dan Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah antarabangsa bagi membuktikan keselamatan tawanan.

“Kiram: Raja Muda masih selamat, bersedia untuk melepaskan tawanan tetapi dihadapan Palang Merah dan media antarabangsa untuk menunjukkan mereka dilepaskan dengan selamat,” kata ABS-CBN News Channel melalui akaun Twitter mereka berkenaan temuramah dengan Jacel.

Selepas beberapa pertempuran minggu lepas dengan polis Malaysia, militan bersenjata Filipina mendakwa mereka telah menangkap seorang anggota polis, dua anggota tentera dan seorang pegawai kerajaan sebagai tebusan.

Dakwaan mereka walau bagaimanapun, masih belum disahkan.

Pasukan keselamatan Malaysia menggempur pemberontak bersenjata di Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah semalam, bermula dengan serangan serangan udara pada subuh dengan jet pejuang F18 dan Hawk melepaskan bom ke atas kampung.

Tetapi hampir serta-merta selepas itu, laporan berita di Filipina berkata Agbimuddin dan orang-orangnya berdiri dan memerhatikan serangan dan letupan dari lokasi tersembunyi kira-kira 1km dari kawasan bom digugurkan.

Dalam penggilan telefon kepada jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani pada pukul 9.30 pagi, Agbimuddin mengatakan orang-orangnya tidak terkena serangan dan bersedia untuk terus melawan.

Selepas serangan udara, tentera darat masuk ke dalam kampung, meneruskan Ops Daulat dengan berhati-hati untuk menghalau keluar penceroboh.

Tetapi mereka kemudian mengakui bahawa tiada siapa yang telah ditangkap dalam serangan itu. Laporan berita menunjukkan tenang dan senyap di hospital daerah Lahad Datu, yang telah diletakkan berjaga-dengan jangkaan bakal berlaku lagi pertumpuahan darah.

Sebaliknya, berita dalam media Filipina mendakwa bahawa Agbimuddin menerima bantuan daripada 10,000 penduduk Sulu dari rumah mereka di Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboanga di Filipina untuk membantu saudara-saudara mereka di Lahad Datu.

Dalam laporannya semalam, agensi berita dari Perancis AFP berkata jika benar penceroboh itu terlepas kawalan ketat, pasukan keselamatan Malaysia berkemungkinan akan mendapat cemuhan kerana ketidakcekapan dalam berhadapan dengan 200 lelaki bersenjata, dan khuatir kumpulan tersebut masih dalam pelarian.

Jacel, dalam wawancara dengan saluran ABS-CBN News Channel, muncul untuk mengesahkan ini sambil mengecam pentadbiran Aquino kerana tunduk kepada Malaysia dan menambah bahawa beliau masih berharap agar kebuntuan selesai dengan secara aman.

Puteri Sulu tersebut juga tidak gembira dengan label “pengganas” gelar pentadbiran Aquino terhadap pakciknya dan para pengikut, mengatakan ini menunjukkan kerajaan cuba untuk menyekat apa-apa bantuan yang mungkin boleh diterima dari masyarakat antarabangsa.

“Kami adalah rakyat Filipina. Sebagai pemimpin negara ini, kamu harus pertahankan kepentingan rakyat,” kata beliau dalam mesej kepada Presiden Benigno Aquino III, menurut akaun Twitter ABS-CBN.

“Kami tahu kami bersenjatakan kebenaran,” katanya.

Dalam kegelisahan selepas serangan semalam, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar mengakui semasa sidang akhbar bahawa pasukan keselamatan negara masih belum menemui seorangpun militan yang mati.

Agbimuddin dan pemberontak bersenjatanya telah mendarat di kampung pantai pada 9 Februari tanpa sebarang gangguan dari Tawi-Tawi di selatan Filipina, dalam serangan mendedahkan keselamatan longgar di pantai Malaysia.

Kumpulan, yang mendakwa menjadi pengikut Kesultanan Sulu, menegaskan bahawa Sabah adalah milik mereka kerana ia telah diberikan kepada keluarga Kiram oleh Sultan Brunei pada abad ke-17. 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.