Putrajaya suruh industri perbaiki rang undang perkomputeran
KUALA LUMPUR, 18 April — Putrajaya telah menyerahkan kepada industri untuk "membuat keputusan sendiri" untuk memperbaiki rang undang-undang yang memelihara pakar perkomputeraan sebelum perbincangan lanjut berhubung akta teknologi maklumat (IT) baru.
Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (Mosti) masih lagi belum meminda draf kontroversi Rang Undang-Undang Perkomputeran Professional 2011 (CPB2011) yang telah dibangkitkan pada Disember, mahupun mengadakan sebarang mesyuarat selepas mendapatkan respon umum selama sebulan yang berakhir pertengahan Januari lalu.
Menteri Datuk Seri Maximus Ongkili (gambar) berkata kepada The Malaysian Insider, Putrajaya telah membuat keputusan "sektor swasta perlu menyelesaikannya dan serahkan kepada kami apabila sudah bersedia."
"Kami hanya memberikan (draf) kepada mereka, lagipun, ia adalah draf mereka. Kami arahkan mereka untuk menyelesaikan perkara itu sebelum menyerahkannya kepada kami," katanya dalam temubual eksklusif baru-baru ini.
CPB2011 telah menerima kecaman ramai apabila draf itu dibocorkan di Internet pada Disember tahun lalu, yang mana pengkritik menjelaskan, ia mengandungi terlalu banyak maksud tersirat walaupun ia telah dilaksanakan lebih 30 bulan. Draf itu juga masih lagi dalam semakan ke 17.
Kertas kerja akta itu turut menyatakan pembentukan badan dipanggil Badan Pengkomputeran Profesional Malaysia (BCPM) untuk mendaftar dan mengesahkan semua pakar ICT, dan mewajibkannya untuk mereka yang bekerja di bidang strategik.
Pakar IT berkata, pendaftaran dibawah badan itu akan mengakibatkan industri berbilion ringgit. Dengan pengecilan skop pakar yang berkelayakan.
Namun begitu, kementerian itu berkata, pergerakan itu adalah untuk memulihkan tahap kemahiran perkomputeran di Malaysia sebagai kesan daripada kedudukan ke 50 berbanding 56 dalam Indeks Pembangunan Kesatuan ICT Telekomunikasi Antarabangsa antara tahun 2002 dan 2008.
Disember lalu, kementerian itu berkata akan memansuhkan akta kontroversi itu sekiranya industri mampu mencari jalan untuk meningkatkan industri tempatan ke tahap antarabangsa.
The Malaysian Insider difahamkan Jawatankuasa Kabiner berkenaan Pembangunan Modal Insan yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudiannya menyerahkan kepada Mosti sehingga Jun depan untuk memperbaiki akta tersebut atau mengetepikan idea berkenaan.
Ongkili mengesahkan dalam temuramah itu, sidang Parlimen pada Jun depan adalah tempoh akhir sekiranya sektor swasta mahu semakan CPB2011.
Turut terdapatnya spekulasi bahawa Barisan Nasional (BN) akan melaksanakan pilihan raya selepas itu, dan menimbulkan ketidakpastian berhubung akta itu.
"Saya berharap Jun depan kita akan dapat menyelesaikan perkara ini. Sama ada kita teruskan, atau serahkan kepada sektor swasta untuk menyelesaikannya," katanya dan menambah Pertubuhan ICT Kebangsaan Malaysia (Pikom) telah mengendalikan perkara itu.
Kementerian itu bulan lalu telah menetapkan perbincangan akhir selepas 29 peratus respondan di peringkat awal menyokong akta berkenaan yang digelar "Orwellian" oleh industri dan pemimpin.
Namun, Ahli Parlimen Kota Marudu itu berkata "kami memutuskan untuk mengadakan lebih banyak perbincangan, dan sekarang kami serahkan kepada sektor swasta untuk membuat keputusan."
Tambahnya, industri juga boleh menyelia sendiri melalui pertubuhan mereka sendiri namun "lambat laun pasaran akan mula mempunyai pasaran."
"Apa juga keputusan, ia tetap akan diwajibkan," jelas timbalan presiden Parti Bersatu Sabah, dan menggunakan bank sebagai contoh akan menjadi pelanggan demi untuk sistem IT yang lebih baik, terutamanya pihak yang berurusan dengan siber sekuriti.
KUALA LUMPUR, 18 April — Putrajaya telah menyerahkan kepada industri untuk "membuat keputusan sendiri" untuk memperbaiki rang undang-undang yang memelihara pakar perkomputeraan sebelum perbincangan lanjut berhubung akta teknologi maklumat (IT) baru.



