Bahasa

Rafidah yakin BN boleh menang dengan majoriti mudah

KUALA LUMPUR, 4 April — Tan Sri Rafidah Aziz berkata Barisan Nasional (BN) boleh memenangi Pilihan Raya 2013 dengan majoriti mudah tapi kemenangan dua pertiga masih lagi di luar jangkauan.

Bekas Ketua Wanita Umno itu (gambar) berkata beberapa faktor perlu diambil kira dalam pilihan raya nanti, terutamanya masalah sabotaj.

“Saya yakin BN dapat menang majoriti,” kata Rafidah semasa ditemui di lobi bangunan Umno, PWTC, di sini hari ini.

“Tapi majoriti dua pertiga kita masih perlu menghalusi mana-mana tempat yang boleh kita pastikan kemenangan.”

Beliau juga percaya rakyat sudah menyedari kesilapan yang mereka lakukan dahulu apabila memilih pembangkang dalam Pilihan Raya 2008.

“Orang ramai sudah menyedari tentang kesilapan mereka apabila memilih pembangkang dahulu,” kata bekas menteri industri dan perdagangan antarabangsa itu.

Rafidah juga menggesa ahli politik supaya tidak memsabotaj gabungan pemerintah tersebut jika mereka tidak terpilih sebagai calon untuk bertanding.

“Jangan sabotaj jika tidak terpilih, bekerjalah untuk parti,” gesa Rafidah.

Apabila ditanya jika BN akan meletak calon muda baru, beliau menegaskan BN ketika ini memfokuskan untuk memilih “calon boleh menang”.

“Calon muda jika tidak berguna, apa boleh buat,” katanya lagi.

Rafidah sekali lagi mengulangi pendirian tidak akan mempertahankan kerusi parlimennya di Kuala Kangsar, Perak memandangkan usianya yang sudah berusia 70 tahun dan perlu memberi laluan kepada muka baru.

Dalam satu sidang media berasingan,  Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui jentera BN perlu melakukan kerja luar biasa sekiranya mendapat kemenangan majoriti dua pertiga di negeri dan pusat.

BN hilang majoriti tradisional dua pertiga parlimen dan empat negeri kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008, yang kemudiaan membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tampuk pemerintahan daripada penyandangnya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ahli politik daripada parti pemerintah BN dan PR akan bertarung merebut 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun pada Pilihan Raya 2013, The Malaysian Insider difahamkan ia bakal berlangsung dalam tempoh sebulan ini.

Seramai 13.3 juta pengundi, termasuk 3,000 yang menetap di luar negara telah mendaftarkan diri sebagai pengundi pada pilihan raya kali ini yang dilihat paling sengit dan penting untuk seluruh rakyat Malaysia.Orang ramai sudah menyedari tentang kesilapan mereka apabila memilih pembangkang dahulu," kata bekas menteri industri dan perdagangan antarabangsa itu.

Rafidah juga menggesa ahli politik supaya tidak memsabotaj gabungan pemerintah tersebut jika mereka tidak terpilih sebagai calon untuk bertanding.

"Jangan sabotaj jika tidak terpilih, bekerjalah untuk parti," gesa Rafidah.

Apabila ditanya jika BN akan meletak calon muda baru, beliau menegaskan BN ketika ini memfokuskan untuk meletak "calon boleh menang".

"Calon muda jika tidak berguna, apa boleh buat," katanya lagi.

Rafidah sekali lagi mengulangi pendirian tidak akan mempertahankan kerusi parlimennya di Kuala Kangsar, Perak memandangkan usianya yang sudah berusia 70 tahun dan perlu memberi laluan kepada muka baru.

Dalam satu sidang media berasingan, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui jentera BN perlu melakukan kerja luar biasa sekiranya mendapat kemenangan majoriti dua pertiga di negeri dan pusat.

BN hilang majoriti tradisional dua pertiga parlimen dan empat negeri kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008, yang kemudiaan membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tampuk pemerintahan daripada penyandangnya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ahli politik daripada parti pemerintah BN dan PR akan bertarung merebut 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun pada Pilihan Raya 2013, The Malaysian Insider difahamkan ia bakal berlangsung dalam tempoh sebulan ini.

Seramai 13.3 juta pengundi, termasuk 3,000 yang menetap di luar negara telah mendaftarkan diri sebagai pengundi pada pilihan raya kali ini yang dilihat paling sengit dan penting untuk seluruh rakyat Malaysia.

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.