Bahasa

Rafizi dedah laporan polis pengundi hantu, bekalan elektrik terputus semasa PRU

Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita

May 27, 2013
Latest Update: May 28, 2013 12:56 am

PETALING JAYA, 27 Mei — Rafizi Ramli mendedahkan laporan polis dan borang rasmi bagi mengukuhkan bukti kewujudan pengundi hantu dan bekalan elektrik terputus yang berlaku semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.

Ahli Parlimen (MP) Pandan (gambar) baru tersebut menunjukkan satu laporan polis bekalan elektrik terputus yang didakwa berlaku di Kedah, serta menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai berbohong dengan mengatakan tiada satu laporna polis dibuat setakat ini.

Dalam laporan bertarikh 9 Mei tersebut, agen pilihan raya PKR Mohamad Soi Talib mendakwa bekalan elektrik terputus antara 7.15-7.25 malam di Sekolah Sri Lindungan Raja, yang merupakan pusat pengiraan undi bagi kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu di Kedah semasa hari pilihan raya.”Kewujudan laporan ini sekaligus adalah jawapan kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mencabar laporan sedemikian dibuat.

“Sekarang menjadi tanggungjawab beliau dan SPR untuk menjelaskan bagaimana bekalan elektrik boleh terputus di pusat pengiraan undi semasa pengiraan sedang dilakukan, walaupun TNB telah menjelaskan tiada sebarang gangguan bekalan elektrik berlaku,” kata Rafizi semasa sidang media disini.

Laporan media Sabtu lalu memetik Wan Ahman, timbalan pengerusi SPR, mengatakan tiada sebarang laporan media tentang bekalan elektrik terputus setakat ini.

Wan Ahmad juga mendakwa gambar bekalan elektrik terputus yang tersebar meluas dalam internet adalah palsu dan diedarkan sejak sebelum Pilihan Raya 2013, bagaimanapun, kenyataannya itu ditolak keesokkan hari oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) Sri Serdang, Noor Hanim Ismail.

Menurut ADUN PAS yang baru dilantik itu, agennya telah menangkap gambar tersebut semasa proses pengiraan undi di Saluran 3 sedang berjalan di dalam bilik darjah SK Serdang sekitar jam 7.32 malam pada 5 Mei lalu.

Rafizi juga menunjukkan lima laporan polis hari ini yang dibuat di kawasan Parlimen Kuala Kedah dimana beberapa individu tidak dikenali didaftarkan secara tidak sah sebagai pengundi di beberapa alamat, dan salinan salah satu Borang 10A yang dikeluarkan SPR bagi menunjukkan bukti kewujudan pengundi hantu.

Borang 10A adalah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh SPR ekoran penggunaan dakwa kekal untuk mengelak pengundi hantu ataupun cubaan mengundi sebanyak dua kali.

















The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi