Rais panggil perhimpunan Bersih ‘kotor’
KUALA LUMPUR, 28 April — Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan perhimpunan Bersih 3.0 sebagai ‘kotor’ kerana tidak menghormati undang-undang.
Menurut Bernama, menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan itu berkata mereka yang berhimpun itu tidak mengendahkan keputusan ramai serta tidak mengendahkan nilai positif dan murni.
Peserta perhimpunan it, Rais (gambar) dipetik berkata, “Kalau kita lihat mereka tidak memberi penghormatan kepada undang-undang yang mereka sendiri sokong di Dewan Negara dan Dewan Rakyat, tidak menghormati keputusan mahkamah.
Secara terang merujuk kepada pemimpin pihak pembangkang yang turut hadir di Bersih 3.0, Rais berkata, “ Apa yang kita nak sangkutkan (berharap) kepada pemimpin-pemimpin seperti ini yang membawa negara kepada politik jalanan, membawa susah-payah kepada orang ramai, kepada percanggahan nilai amalan dan tidak menghormati prinsip-prinsip keagamaan?”
Rais berkata demikian di Mesyuarat Agung Tahunan ke-45 Badan Kebajikan dan Kemajuan Anak-Anak Melayu Negeri Sembilan Darul Khusus di Kuala Lumpur (Badan).
KUALA LUMPUR, 28 April — Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan perhimpunan Bersih 3.0 sebagai ‘kotor’ kerana tidak menghormati undang-undang.



