Bahasa

Raja Nazrin: Integriti, komitmen melawan rasuah boleh perbaiki imej BN

Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita

May 20, 2013
Latest Update: May 21, 2013 02:47 am

Raja Nazrin menyeru kerajaan terus komited kepada menegakkan undang-undang dan melawan rasuah. - Gambar failRaja Nazrin menyeru kerajaan terus komited kepada menegakkan undang-undang dan melawan rasuah. - Gambar failKUALA LUMPUR, 20 Mei — Kerajaan dengan integriti yang komited untuk menegakkan undang-undang dan melawan rasuah tanpa takut, berat sebelah atau campurtangan politik boleh memperbaiki imej dikalangan orang awam, kata Raja Dr Nazrin Shah dari Perak hari ini.

Anak kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah itu membangkitkan komitmen untuk integriti ini yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) menang besar dalam Pilihan Raya 2004, akan tetapi kegagalan menunaikan janji menyebabkan gabungan itu kalah teruk dalam pilihan raya 2008 selepas itu.

Mendesak pemimpin untuk mengikut jejak langkah Nabi Muhammad dan bapa penubuh Malaysia Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn, Raja Nazrin mengatakan integriti adalah kunci kepada kejayaan pemimpin negara.

“Kemampuan pemimpin untuk melawan rasuah, tindakan menunjukkan dia cukup berani untuk melawan rasuah dalam pentadbirannya akan membantu menguatkan kedudukannya,” katanya mengikut teks ucapan semasa merasmikan Konvensyen Integriti anjuran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan di Putrajaya pagi ini.

Raja Nazrin menambah, pemimpin seperti ini boleh membantu membina imej positif untuk kerajaan selain daripada mengembalikan keyakinan orang ramai dan hormat kepada pemimpin dan memperbaiki tahap integriti di pandangan rakyat.

“Dan integriti boleh dikuatkan jika pentadbiran negara diasaskan dengan kedaulatan undang-undang, atau undang-undang dilaksanakan tanpa takut, berat sebelah atau tanpa campurtangan politik,” katanya.

Mengambil contoh pilihan raya umum 2004, Raja Nazrin mengatakan apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 31 Oktober 2003, fokus utama adalah agenda integriti dan meletakkan langkah-langkah anti-rasuah untuk membersihkan kerajaan.

Selepas lima hari mengangkat sumpah, pentadbiran Abdullah menubuhkan Institut Integriti Malaysia, kata Raja Nazrin.

Beberapa bulan selepas itu, Suruhanjaya Penambahbaikan Polis Diraja Malaysia ditubuhkan, tambah beliau.

“Pilihan raya umum ke 11 (pada 2004) berlaku dengan latar belakang kepimpinan dan imej kerajaan yang kmengutamakan integriti, yang berjuang untuk memerangi rasuah tanpa rasa takut atau pilih kasih," kata pemimpin diraja itu.

Tiga kes rasuah menyaksikan personaliti berprofil tinggi seperti Tan Sri Eric Chia, Baharuddin Ahmad dan Tan Sri Kasitah Gaddam – senario yang Raja Nazrin katakan mempengaruhi pengundi dalam pilihan raya 2004.

“BN menang dengan majoriti besar, memenangi 198 kerusi Parlimen dan mendapat 63.9 peratus undi popular,” katanya.

Akan tetapi diantara pilihan raya 2004 dan pilihan raya umum ke 12 pada 2008, Raja Nazrin mengatakan, pengundi melihat gabungan pemerintah itu gagal untuk menunaikan janji mereka menyebabkan rakyat hilang kepercayaan.

“Rakyat diberikan janji, harapan … dan mereka percaya dengan harapan itu dan memberikan sokongan mereka.

“Akan tetapi realitinya, apa yang berlaku diantara pilihan raya umum ke 11 dan 12 adalah kegagalan untuk memenuhi harapan tinggi dari rakyat.

“Rakyat merasakan janji tidak ditepati. Mereka tidak lagi yakin dengan kata-kata – janji; dengan indeks pencapaian,” katanya.

Dalam Pilihan Raya 2008, BN hilang majoriti tradisi dua pertiga apabila hanya mendapat 140 kerusi berbanding pembangkang 82 kerusi Parlimen, termasuk hilang empat negeri – Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Raja Nazrin tidak bercakap mengenai keputusan Pilihan Raya 2013 yang baru berlangsung, akan tetapi menegaskan kepentingan integriti dalam pentadbiran kerajaan untuk menggembalikan keyakinan rakyat.

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi