Bahasa

Ramai ahli Umno dalam Kabinet bukti Najib tumpu pemilihan parti, kata penganalisis

Meletakkan ramai ahli Umno adalah 'bijak', menurut William Case. - Gambar failMeletakkan ramai ahli Umno adalah 'bijak', menurut William Case. - Gambar fail

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Dominasi Umno dalam Kabinet 2013 menunjukkan keinginan Datuk Seri Najib Razak untuk meningkatkan sokongan peribadinya menjelang pemilihan parti akan datang akan tetapi boleh menjejaskan langkah pembaharuan negara perdana menteri itu, kata beberapa pemerhati.

Walaupun sinis dengan jumlah besar veteran dalam Kabinet 32 orang itu, pemerhati mengatakan Najib perlu diberi peluang untuk membuktikan beliau boleh menunaikan janji transformasi kerajaan dan ekonomi, sebaik sahaja kekal sebagai presiden parti.

Presiden Umno itu melantik 17 ahli partinya untuk jawatan menteri apabila menamakan Kabinetnya semalam. Kebanyakkan daripadanya adalah muka lama yang bertukar portfolio atau kekal kecuali muka baru seperti – Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan. Prof Jayum A Jawan dari Universiti Putra Malaysia walau bagaimanapun, skeptik dengan perubahan yang boleh dilakukan Najib dalam apa yang beliau gelar Kabinet “konservatif”.

“Saya tak nampak perkongsian kuasa yang sebenar disini. Jawatan-jawatan penting semuanya di kuasai oleh Umno seperti Kewangan, Dalam Negeri dan Pertahanan,” katanya.

“Sudah pasti beliau mashu dipilih semula tahun ini dan itu memberi refleksi dalam senarai Kabinetnya. Anda boleh lihat bagaimana dia mengatur untuk dipilih semula akan tetapi bagaimana untuk melakukannya meninggalkan persoalan kerana kebanyakkan mereka adalah orang lama,” katanya dan menambah antara nama yang diumumkan adalah orang yang sudah lama dalam kerajaan walaupun bukan di jawatan tertinggi.

Seperti pemerhati lain, Jayum melihat kemasukkan Khairy sebagai positif untuk mendapatkan sokongan muda akan tetapi langkah tersebut belum tentu berkesan untuk mengekang kemungkinan cabaran dalam pemilihan parti itu.

“Sesetengah orang dalam Umno sudah mengatakan Najib tidak akan menang mudah dalam pemilihan semula dan sudah tentu akan ada orang yang mencabarnya,” katanya.

Meletakkan ramai ahli Umno adalah “bijak” menurut William Case, profesor Pengajian Asia dan Antarabangsa di Universiti of Hong Kong.

“Pada pandangan saya, walaupun ramai pengkritik mengkritik Kabinet tersebut kerana meletakkan ramai muka-muka lama, saya melihat ianya lebih bercampur, mungkin dengan cara yang bijak, termasuk penyokong peribadi Najib, golongan reformis dan peribumi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider melalui email semalam.

Terdapat spekulasi Najib yang berusia 59 tahun itu akan berhadapan dengan cabaran untuk jawatan presiden dari dalam Umno kerana kegagalan beliau untuk menggembalikan majoriti tradisi dua pertiga BN pada pilihan raya 5 Mei walaupun memperbaiki kedudukan kerusi Parlimen parti itu kepada 88.

Menurut Case, Najib dikelilingi dengan pengikut setia seperti sepupunya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Nazri Aziz yang “berguna” untuk berhadapan dengan aktivis masyarakat sivil.

Menurutnya, keputusan perdana menteri untuk mengalihkan Hishamuddin dari menguruskan Kementerian Dalam Negeri – jawatan kanan kerajaan – kepada menjaga pertahanan, akan memperkayakan pengalaman naib presiden Umno itu akan tetapi “mengurangkan kekuatan domestiknya untuk membantu Najib pada Oktober” apabila pemilihan parti diadakan.

Case menjelaskan, ahli Kabinet juga membariskan ahli-ahli parti yang dikaitkan dengan kem minoriti, seperti Khairy, menantu kepada perdana menteri sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Penerangan baru, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek - dilihat mempunyai hubungan rapat dengan ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah – berasal dari Istana Kelantan.

“Shabery Cheek dikaitkan dengan Razaleigh, yang boleh membantu Najib berhadapan dengan golongan pro Mahathir,” kata ahli akademik itu merujuk kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat masih lagi berpengaruh dalam Umno dan kerajaan.

Wan Saiful Wan Jan dari Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi (IDEAS) juga mengatakan Najib mewujudkan Kabinet yang boleh membantunya mempertahankan jawatan dalam Umno.

“Apa cara sekalipun beliau memikirkan tentang pemilihan Umno,” katanya.

Akan tetapi Wan Saiful mengatakan Najib juga memikirkan tentang program transformasinya dan telah memilih beberapa nama yang dirasakan boleh melancarkan proses tersebut.

“Beliau tahu beliau perlu menamakan mereka yang boleh menyokongnya dan meletakkan orang seperti Idris Jusoh dalam portfolio pendidikan adalah langkah baik kerana pendidikan penting dalam proses transformasi,” katanya merujuk kepada bekas menteri besar Terrenganu yang dijadikan menteri kedua di kementerian digabungkan dari pelajaran dan pendidikan tinggi itu.

Seperti Case, Wan Saiful berkata memasukkan Khairy yang berumur 37 tahun dan Rahman Dahlan adalah langkah baik dilihat mewakili suara orang muda dalam Kabinet tua yang secara puratanya berumur 57 tahun.

Sebagai perbandingan, umur purata ahli Kabinet pertama Malaysia pada 1957 dilaporkan berumur 30an.

Ahli ekonomi Tran Sri Ramon Navaratnam mengatakan Najib mempunyai barisan jemaah menteri yang padat dan berimbang, dikira dari faktor usia, pengalaman dan kemahiran, dengan sokongan Cina yang hampir tiada dan perbezaan umur diantara pembuat keputusan dan orang diwakili.

Beliau bersetuju barisan Kabinet dipenuhi muka dari Umno dan bertujuan untuk mengukuhkan sokongan Najib pada pemilihan parti tahun ini, akan tetapi turut mengatakan ianya merupakan “ganjaran” kepada prestasi Umno dalam pilihan raya umum ke 13.

Tetapi beliau percaya “Kabinet tersebut masih boleh jadi Kabinet yang baik walaupun terdapat kelemahan”.

“Apa yang penting dalam masa 100 hari lagi mesti terdapat polisi untuk memperkukuhkan perlawanan terhadap rasuah, jenayah, kronisme dan semua unsur-unsur “ketuanan”,” kata pengerusi Center of Public Policy Studies, merujuk kepada elemen kanan dalam Umno yang semakin berkembang untuk ketuanan kaum, yang beliau katakan berbeza dariada aspirasi pengundi.

 

 

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.