Bahasa

Ramalan pakar ekonomi Bank Islam mengeruhkan keadaan

Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita

January 11, 2013

Dalam Bajet 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelbagai pemberian yang memberikan manfaat dalam usaha mendapatkan sokongan menjelang PRU. — Gambar failDalam Bajet 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelbagai pemberian yang memberikan manfaat dalam usaha mendapatkan sokongan menjelang PRU. — Gambar failKUALA LUMPUR, 11 Jan — Kenyataan pakar ekonomi Bank Islam Malaysia telah mengeruhkan keadaan di kalangan pemimpin Umno dan Putrajaya apabila menjangkakan Pakatan Rakyat (PR) akan menang tipis dalam Pilihan Raya Umum 2013, menurut sumber.

The Malaysian Insider difahamkan, pemimpin  Barisan Nasional (BN) memandang berat kenyataan dan perkiraan Azrul Azwar Ahmad Tajudin, yang menjangkakan PR akan menang tipis dalam PRU akan datang.

Malah, turut difahamkan, pihak pengurusan bank juga mengadakan perjumpaan berkenaan penemuan, yang merupakan sebahagian daripada pembentangan kertas kerja ketika Regional Outlook Forum di Singapura semalam.

Pemegang saham terbesar Bank Islam adalah dana untuk ibadah Haji, yang diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji, yang mana dimiliki kerajaan.

Ketika dihubungi, ahli Parlimen Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan turut menolak jangkaan Azrul Azwar, malah menggelarnya sebagai spekulasi “mengarut” yang hanya akan memberikan harapan palsu kepada pakatan pembangkang.

Setiausaha BN Sabah itu menambah, bacaan Azrul Azwar tersebut sebagai berat sebelah kerana beliau merupakan ahli PKR Putrajaya.

“Saya hormati semangatnya namun saya fikir beliau harus berpijak di bumi nyata,” kata Abdul Rahman.

Akhbar Singapore Straits Times (ST) hari ini melaporkan, Azrul menjangkakan BN hanya akan menang antara  97 dan 107 daripada 222 kerusi Parlimen — tidak mencukupi untuk membentuk pentadbiran.

Keputusan itu turut bermakna PR hanya akan menang kerusi Parlimen yang goyah, dan jauh daripada majority besar.

Faktor utama yang menjadi jangkaan adalah bangsa dan demografi.

Abdul Rahman, bagaimanapun menjelaskan, laporan dikemukakan Azrul Anwar tidak memetik mana-mana pihak dalam metodologi dan sebab.

“Saya tidak pasti dari mana beliau dapat angka-angka itu,” katanya.

Beliau mengingatkan kemenangan BN dalam lapan pilihan raya kecil dan menegaskan ia akan berterusan dalam pilihan raya ke-13.

“Kami selesa dengan bacaan kami ... Kami percaya kami akan kekal berkuasa dalam kerajaan Persekutuan, bukan itu sahaja, kami akan menambah majoriti,” katanya lagi.

Kemudian, Azrul meramalkan kejatuhan akibat dari kemenangan PR, dengan pasaran saham bersedia untuk bertindakbalas secara “spontan” serta tempoh lanjutan ketidakstabilan dilihat.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan “sabotaj ekonomi” oleh perniagaan dan perkhidmatan awam yang berkait dengan BN.Kerajaan BN masih mempunyai masa untuk melakukan sesuatu bagi menjamin kemenangan melawan pembangkang paling tersusun pada PRU yang mesti diadakan selepas akhir April tahun ini.

Dalam Bajet 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelbagai pemberian yang memberikan manfaat dalam usaha mendapatkan sokongan menjelang PRU.

Ini termasuklah pemberian pusingan kedua RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah, pengembangan pemberian tersebut kepada golongan muda belum berkahwin berpendapatan bawah RM3,000 sebulan menerima sebanyak RM250.

Awal minggu ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan pemberian tersebut dijadikan tetap dan dinaikkan kepada RM1,000 jika BN menang PRU.

Bantuan lain termasuklah baucer buku RM500 dan rebat untuk telefon pintar sebanyak RM250 bagi pelajar.

Populariti Najib jatuh dua mata peratusan dari 65 peratus pada November kepada 63 peratus baru-baru ini dalam tinjauan terbaru oleh badan tinjauan bebas Merdeka Center.

Pusingan sebelumnya pemberian BR1M telah meningkatkan sokongan untuk Najib, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah yang merupakan penerima utama.

Tetapi “Himpunan Kebangkitan Rakyat” yang disokong PR esok memberikan risiko terhadap kerja-kerja BN, sepertimana perhimpunan Bersih 28 April 2012 dikatakan menjadi sebab menagapa Najib tidak mengadakan pilihan raya mengejut tahun lalu.

Najib mempunyai pilihan untuk mengadakan pilihan raya 2013 bila-bila masa sebelum 27 April, di mana Parlimen akan dibubarkan dan secara automatiknya pilihan raya akan dijalankan.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi