Bahasa

Rasuah seks dimasukkan dalam undang-undang antirasuah Indonesia

JAKARTA, Jan 14 — Cadangan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia untuk memasukkan rasuah seks dalam undang-undang antirasuah mendapat sokongan Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan Indonesia Mahfud MD.

Penawaran pelacur atau khidmat seks kepada pegawai awam adalah satu bentuk ganjaran yang dalam beberapa kes katanya boleh menjadi lebih besar daripada menggunakan wang sogokan. — Gambar AFPPenawaran pelacur atau khidmat seks kepada pegawai awam adalah satu bentuk ganjaran yang dalam beberapa kes katanya boleh menjadi lebih besar daripada menggunakan wang sogokan. — Gambar AFPBeliau berkata cadangan itu bagaimanapun perlu dibincangkan lebih lanjut supaya dapat mengelakkan komplikasi yang mungkin timbul daripada undang-undang.

“Penentuan perbuatan jenayah ini adalah sukar. Penalti bagi (seksual) laku itu ringan. Sementara perbuatan rasuah memerlukan rasuah untuk datang dalam bentuk material. Jadi, di manakah kedudukan kesalahan rasuah seksual ini? Ini perlu dibincangkan dengan lebih lanjut,” kata Mahfud dipetik sebagai berkata dalam sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris The Jakarta Globe, hari ini.

Mengakui bahawa amalan ini telah lama berlaku di Indonesia, Mahfud bersetuju bahawa penawaran pelacur atau khidmat seks kepada pegawai awam adalah satu bentuk ganjaran yang dalam beberapa kes katanya boleh menjadi lebih besar daripada menggunakan wang sogokan.

Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan itu berkata beliau menerima laporan bahawa ahli perniagaan dan politik mengupah perempuan simpanan dan pelacur sebagai pelobi bagi meyakinkan pembuat dasar dan pegawai awam untuk menyokong agenda mereka.

Selasa lalu, Timbalan Pengerusi KPK Adnan Pandupraja mencadangkan supaya rasuah seks dimasukkan dalam undang-undang antirasuah kerana pada masa kini tiada apa yang boleh dilakukan bagi mencegah amalan itu daripada berlaku, meskipun masalah tawaran seks diketahui wujud.

“Undang-undang mengukur rasuah dalam bentuk rupiah. Jika kita boleh menukar rasuah seks dalam bentuk jumlah rupiah, ia akan menjadi menarik, tetapi malangnya tidak terdapat sebarang peraturan mengenai perkara ini,” kata Adnan. — Bernama

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments