Bahasa

RCI Sabah ditangguh ekoran keganasan meletus

Penangguhan tersebut diumumkan ekoran beberapa insiden keganasan. – Gambar failPenangguhan tersebut diumumkan ekoran beberapa insiden keganasan. – Gambar failKUALA LUMPUR, 4 Mac – Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan pemberian kad pengenalan (IC) di Sabah yang dijadualkan bersambung hari ini telah ditangguhkan ke tarikh 18 Mac.

Penangguhan tersebut diumumkan ekoran beberapa insiden keganasan yang meletus antara pihak berkuasa Malaysia dengan 200 penceroboh yang mengakui pengikut Sultan Sulu di kepulauan Filipina.

Kumpulan penceroboh bersenjata tersebut telah mendarat di Lahad Datu pada 9 Februari dan menuntut hak mereka keatas sebahagian kepulauan Borneo tersebut.

Kumpulan tersebut yang diketuai Raja Muda Agbimuddin Kiram mengakui sebagai pewaris Diraja Sulu, bertegas tidak berundur daripada tuntutan mereka keatas tanah yang didakwa kepunyaan Sulu walaupun Presiden Filipina President Benigno Aquino III sendiri menawarkan perjanjian damai.

Putrajaya yang pada mulanya cuba berunding secara damai dengan penceroboh bersenjata tersebut memberitahu tidak teragak-agak untuk mengangkat senjata menentang kumpulan tersebut dan mengusir mereka keluar dari Sabah.

Sehingga semalam, masuk 22 hari sejak penceroboh tersebut mendarat, seramai 8 polis Malaysia dan 20 militan dilaporkan terkorban dalam insiden yang berlaku di tiga daerah di Sabah.

Banyak pihak membuat andaian pencerobohan tersebut mempunyai kaitan dengan RCI yang sedang berjalan untuk menyiasat dakwaan pendatang asing terutamanya dari Filipina telah mendapat IC — kebanyakkan telah memasuki Sabah secara haram sejak tiga dekad lalu dan diberikan kad pengenalan sah serta membenarkan mereka untuk mengundi pada pilihan raya disini.

Isu tersebut yang dikenali sebagai "Projek IC" didakwa telah digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan mereka mengekalkan kuasa.

Dengan pilihan raya semakin hampir, rata-rata pendedahan menerusi keterangan saksi semasa sesi pendengaran umum RCI dilihat sebagai kunci utama untuk menarik sokongan orang ramai kepada gabungan pemerintah tersebut.

“Krisis yang berlaku ini menunjukkan terdapat aspek hitam dalam operasi rahsia (Projek IC) dalam memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing.

“Kita perlu bertanya pada diri sendiri siapa di belakang Projek IC ini?” kata Karim kepada The Malaysian Insider .

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan kerajaan melindungi maklumat, dan berkata pengesahan perlu dilakukan terlebih dahulu.

Pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan puak bersenjata Filipina Jumaat lalu, selepas kumpulan bersenjata dari Sulu itu mendarat di Kampung Tanduo selama dua minggu, menyebabkan kematian seramai 15 orang, dimana kampung tersebut kira-kira 130 km dari bandar Lahad Datu.

Semalam, lima anggota polis Malaysia terbunuh dalam serangan hendap di Semporna, kira-kira 150 km dari Lahad Datu.

Semalam seorang militan Filipina dilaporkan dipukul sampai mati oleh penduduk kampung di Sabah, sementara pemberontak Sulu mendakwa mereka menahan beberapa rakyat Malaysia dan menahan mereka sebagai tahanan.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.