Bahasa

RCI Sabah untuk siasat pemberian kad pengenalan kepada pendatang haram

KOTA KINABALU, 11 Ogos — Suruhanjaya siasatan Di Raja (RCI) untuk pendatang haram di Sabah diberi masa enam bulan untuk menyiasat dakwaan bahawa pendatang haram diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya  di negeri tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan lapan perkara terma RCi tersebut dan mengatakan ianya telah mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

“Penubuhan RCI membuktikan komitmen kerajaan untuk menyiasat isu yang berkaitan dengan pendatang haram di Sabah,” kata Najib dalam sidang akhbar di ibupejabat Umno Sabah.

“Kerajaan berharap rakyat Sabah akan mendapat manfaat daripada RCI ini dan membantu kerajaan untuk mencari cara dan strategi terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.”

Lima ahli panel akan dipengerusikan oleh bekas hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Chim Lip Kiong, dan empat pesuruhjaya. Ianya bekas naib canselor Universiti Malaysia Sabah, Datuk Seri Prof Dr Kamaruzaman Ampon; bekas peguam negeri Sabah, Tan Sri Herman J. Luping; bekas timbalan pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan bekas ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Poy-Wu; dan bekas setiausaha negeri Sabah, Datuk Kee Mustafa.

Terma-terma RCI tersebut adalah:

1. Untuk menyiasat berapakah jumlah pendatang haram di Sabah yang diberikan kad pengenalan biru atau status kewargenegaraan;

2. Untuk menyiasat apakah pemberian kad pengenalan atau status kewargenegaraan mengikut undang-undang;

3. Untuk menyiasat apakah pihak yang menerima kad pengenalan atau status kewarganegaraan termasuk dalam daftar pengundi di Sabah dengan mengikut undang-undang;

4. Untuk menyiasat apakah pihak berkuasa sudah mengambil tindakan atau membuat penambahbaikan mengikut kaedah dan regulasi prosedur standard operasi (SOP) untuk mencegah sebarang kecurangan mengikut undang-undang;

5. Untuk melakukan siasatan terperinci mengenai SOP, kaedah dan regulasi pemberian kad pengenalan biru atau status kewarganegaraan kepada orang asing di Sabah dengan mengambil kira norma antarabangsa dan standard yang digunapakai yang bersesuaian dengan Malaysia, dan akan mencadangkan perubahan kepada prosedur sedia ada;

6. Untuk menyiasat apakah yang menyebabkan pertumbuhan populasi di Sabah mengikut kategori berikut:

a) Rakyat Sabah yang menetap dinegeri tersebut termasuk mereka yang diberikan kad pengenalan biru atau kewargenegaraan mengikut surat beranak (mendaftar lambat);

b) pekerja asing (termasuk ahli keluarga);

c) pendatang haram (termasuk ahli keluarga); dan

d) pelarian

Untuk mengkaji kesan mereka terhadap angka mereka yang mendaftar dan terdapat dalam daftar pengundi;

7. Untuk menyiasat kesan permasalahan sosial terhadap rakyat Sabah berkenaan dengan pemberian kad pengenalan biru dan status kewarganegaraan di negeri tersebut; dan

8) Untuk menyiasat angka orang asing tanpa kewarganegaraan di Sabah yang diberikan kad pengenalan biru dan status kewarganegaraan.

Lima ahli panel akan dipengerusikan oleh bekas hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dan empat pesuruhjaya - bekas naib canselor Universiti Malaysia Sabah, Datuk Seri Prof Dr Kamaruzaman Ampon, bekas peguam negeri Sabah, Tan Sri Herman J. Luping, bekas timbalan pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan bekas ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin dan bekas setiausaha negeri Sabah, Datuk Kee Mustafa.

Setiausaha agung kementerian dalam negeri, koperasi dan pengguna, Datuk Saripuddin Kasim dilantik menjadi setiausaha panel tersebut.

Najib memberitahu sidang akhbar bahawa panel tersebut ditubuhkan oleh kerana permintaan berulang kali dari BN Sabah untuk menyelesaikan permasalahan tertangguh pendatang haram di negeri tersebut.

"Ini adalah permintaan dari rakyat Sabah dan dibentangkan kepada saya melalui BN Sabah.

"Parti komponen kami telah menyuarakan kepada saya dan beritahu masa telah tiba untuk menubuhkan RCI," katanya.

Pengumuman Najib hari ini selepas cakap-cakap tentang pemberontakan rakyat Sabah terhadap BN lebih-lebih lagi apabila dua ahli parlimen senior BN keluar parti bulan lalu.

Ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing dan ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin kedua-duanya pemimpin veteran telah meninggalkan BN dan menyatakan sokongan terbuka mereka kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana mendakwa kerajaan lambat menubuhkan RCI.

Sehari selepas dua pemimpin itu meninggalkan BN, Najib mengumumkan rancangannya untuk mendedahkan terma RCI hari ini, menyebabkan kritikan langkah tersebut untuk mengembalikan sokongan di Sabah selepas Bumburing dan Lajim keluar parti.

Masalah pendatang haram yang masih belum disemak di Sabah telah menjadi satu masalah di negeri Malaysia Timur tersebut dan sering disalahkan dan dikatakan menjadi punca masalah sosial, ekonomi dan keselamatan.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.