Bahasa

Ribuan berhimpun di PJ menentang pelan pendidikan nasional

Penunjuk perasaan bersorak dan bertepuk tangan menyokong, mereka berdiri di bawah panas matahari, sambil membawa payung dan sepanduk.- Gambar oleh Saw Siao FengPenunjuk perasaan bersorak dan bertepuk tangan menyokong, mereka berdiri di bawah panas matahari, sambil membawa payung dan sepanduk.- Gambar oleh Saw Siao FengPETALING JAYA, Nov 25 — Beribu-ribu rakyat berhimpun di padang bola sepak di sini dalam perhimpunan dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong bagi membantah Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini dengan kebimbangan sekolah vernakular akan diketepikan. 

“Kami menggesa kerajaan memenuhi kehendak rakyat, melaksanakan dasar sekolah pelbagai bahasa dan pastikan ia terkandung dalam dasar persekolahan arus perdana, untuk memberi layanan yang adil dan memelihara ciri-ciri pendidikan vernakular,” kata presiden Dong Zong, Yap Sin Tian dalam ucapan kepada orang ramai yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina. 

Penunjuk perasaan bersorak dan bertepuk tangan menyokong, mereka berdiri di bawah panas matahari, sambil membawa payung dan sepanduk. 

Penunjuk perasaan lain duduk di atas platform dan dalam beberapa kanvas khemah putih, manakala pegawai RELA turut dikesan. 

Sepanduk kanvas putih dengan slogan seperti “Membantah KPM mepinggirkan SJKC, SJKT, Sekolah Tamil, Sekolah Mubaligh, SMJK” yang ditulis dalam bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan Tamil digantung di dua sisi padang. 

Parti-parti politik juga menunjukkan kehadiran, dengan bendera PAS, PKR dan DAP yang turut dilihat di padang. 

Penceramah daripada pelbagai organisasi mengambil giliran untuk bercakap kepada orang ramai yang bersemangat, dengan beberapa menekankan perhimpunan itu bukan perhimpunan anti-kerajaan.

Ketua bahagian MCA Kota Kecil Tai Foo Him disorak oleh hadirin ketika berucap, walaupun beberapa sepanduk mengutuk parti beliau dibawa oleh peserta perhimpunan.

N. Surendran dari PKR, Dr Tan Seng Giaw dari DAP, Khalid Samad dari PAS dan Datuk Chua Soon Bui dari SAPP turut dilihat hadir memberi sokongan.

Dua resolusi diluluskan oleh orang ramai sebelum akhir perhimpunan tersebut, sebulat suara menentang pelan pendidikan nasional kerana didakwa memajukan dasar pendidikan satu bahasa sebagai objektif muktamad.

Resolusi lain yang diluluskan adalah untuk menggesa kerajaan menyemak semula pelan pandidikan untuk memelihara dan mengekalkan pembangunan bahasa yang berbeza sementara memberi keutamaan kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Yap kemudian memberitahu pemberita bahawa memorandum akan diserahkan kepada perdana menteri dan menteri pendidikan.

Penganjur mendakwa lebih 670 organisasi masyarakat sivil hadir pada hari ini, menyebabkan saiz orang ramai membesar sehingga lebih daripada 20,000 orang.

Pihak penganjur memberitahu para peserta perhimpunan bahawa mereka boleh menyertai bantahan petang ini di Dataran Merdeka terhadap loji nadir bumi Lynas Corp di Kuantan.

Beberapa penunjuk perasaan yang memakai hijau T-shirt gerakan anti-Lynas juga hadir memberi sokongan mereka dalam perhimpunan aman tersebut.

Pendidikan kekal satu isu yang kritikal dan sensitif bagi masyarakat Cina, dengan sebahagian daripada mereka mempunyai rungutan terhadap kekurangan guru-guru di sekolah-sekolah rendah Cina.

Putrajaya meluluskan sebuah sekolah Cina di Kuantan tahun ini kerana tunduk kepada tekanan daripada pendidik dan masyarakat Cina.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.