Bahasa

Ribuan hadiri perhimpunan Kedah, Mahfuz beri amaran kepada BN jangan cari pasal

May 22, 2013
Latest Update: May 22, 2013 07:59 pm

ALOR STAR, 22 Mei — Ribuan menghadiri perhimpunan Black 505 di sini malam tadi dan ketua PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar memberi amaran kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) agar jangan mencari pasal kerana majoriti rakyat bersama Pakatan Rakyat (PR).

Mahfuz (gambar) menganggarkan lebih 50,000 orang hadir di luar ibu pejabat PAS itu turut menyelar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Mukhriz Mahathir kerana memberi amaran terhadap penganjuran perhimpunan tersebut.

“Saya nasihatkan Zahid untuk menerima majoriti rakyat bersama Pakatan Rakyat dan jangan mulakan perang dengan rakyat. Jadi rasional,” kata naib presiden PAS dan ahli Parlimen Pokok Sena itu dilaporkan berkata dalam laporan media.

“Kepada Mukhriz, saya nak nasihatkan dia jadi terbuka sedikit kerana dia masih muda. Dia tak patut berkelakuan seperti pemimpin Umno masa lampau yang menggunakan pendekatan konfrontasi dengan rakyat,” tambah Mahfuz.

Pesuruhjaya PAS negeri itu turut mengingatkan kerajaan BN Mukhriz kerajaan PAS dahulu membenarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggunakan stadium dalam satu perhimpunan Januari lepas.

Mukhriz, anak bongsu perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memberikan kebenaran untuk PAS menggunakan stadium bagi perhimpunan Black 505 malam tadi.

Hadirin yang majoritinya Melayu datang seawal jam 6.30 petang untuk perhimpunan PR bagi menentang penipuan dan kesalahan pilihan raya dianjurkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini adalah hadirin yang luar biasa dan membuktikan orang seperti (presiden MCA) Chua Soi Lek salah,” kata ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul kepada pemberita selepas perhimpunan.

“Soi Lek kata hanya Cina yang hadir perhimpunan Black 505 akan tetapi apa yang kita saksikan malam ini orang Melayu ramai hadir.”

Diantara pemidato adalah Anwar, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dan N Surendran.

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan hadirin menghadiri perhimpunan Black 505 kebanyakkannya anak-anak muda Cina, mengikut garis pemimpin BN yang mengatakan “tsunami Cina” menyebabkan mereka hilang banyak kerusi dalam Pilihan Raya 2013.

Sebalum ini perhimpunan Black 505 diadakan di Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Negeri Sembilan dimana ribuan engkar kepada arahan polis dengan memenuhi stadium dan tempat ceramah.

Dalam Pilihan Raya 2013, BN mendapat 133 kerusi berbanding PR 89 kerusi. BN turut hilang undi majoriti pertama kali semenjak tahun 1969.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi