Bahasa

Ribuan membanjiri perhimpunan Pakatan di Johor

Perhimpunan malam tadi terpaksa bertukar tempat ekoran bantahan pihak polis. - Gambar failPerhimpunan malam tadi terpaksa bertukar tempat ekoran bantahan pihak polis. - Gambar fail

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Puluhan ribu rakyat menghadiri perhimpunan kelima Black 505 Pakatan Rakyat yang berlangsung di Johor Baru malam semalam.

Selepas empat perhimpunan bermula  di Petaling Jaya, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuantan, perhimpunan malam tadi terpaksa bertukar tempat ekoran bantahan pihak polis tetapi telah menarik kehadiran ramai golongan muda yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya 2013.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul kira-kira 10 malam sebelum perhimpunan berakhir, mengatakan tidak akan meletak jawatan atau bersara kerana mendapat sokongan majoriti rakyat.

“Di mana ada negara di dunia di mana seorang pemimpin mendapat 47 peratus undi popular  dan mentadbir negara?” kata Anwar merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak dipetik dari portal berita Malaysiakini.

Anwar turut memberitahu perhimpunan itu beliau tidak akan meletakkan jawatan kerana mendapat 51 peratus undi popular dan mendakwa telah dinafikan kemenangannya kerana penipuan pilihan raya.

Penganjur kemudiannya mengangar kira-kira 60,000 menghadiri perhimpunan tersebut.

Semalam Pakatan Rakyat (PR) menjauhkan diri dari desakan untuk demonstrasi jalanan bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013 tetapi mengatakan akan meneruskan perhimpunan tempat tertutup bagi memberikan peluang kepada pengundi untuk “menyuarakan kemarahan” mereka terhadap tuduhan kecurangan pilihan raya 5 Mei lalu.

Anwar mengatakan desakan untuk PR menganjurkan demonstrasi jalanan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah cadangan dari NGO dan bukan pendirian rasmi gabungan tersebut.

“Ini hanyalah cadangan dan tidak pernah dibangkitkan kepada kepimpinan dan bukan sesuatu yang akan dipertimbangkan oleh kepimpinan,” katanya.

Koordinator Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim bersetuju dengan pandangan tersebut seperti dilaporkan oleh Free Malaysia Today mengatakan pengundi seharusnya menjatuhkan BN melalui demonstrasi jalanan.

PR telah berulang kali mengatakan Pilihan Raya 2013 telah dicemari dengan penipuan besar-besaran.

Awal hari ini The Malaysian Insider melaporkan pemimpin PR telah mengakui perhimpunan awam selepas Pilihan Raya 2013, walaupun disokong secara besar-besaran, tidak lama lagi akan kehabisan tenaga dan tidak akan memberikan kesan untuk mengubah keputusan pilihan raya baru berakhir itu.

Disebalik tuntutan untuk diadakan pilihan raya semula, ahli Parlimen PR baru dilantik mengatakan acara tersebut hanyalah bertujuan mengekalkan momentum bagi pembangkang untuk memberi peringatan kepada rakyat Malaysia, majoriti 51 peratus pengundi telah menolak BN, walaupun gabungan itu kembali berkuasa.

Mereka bersetuju sedang berada dalam pertempuran kalah kemungkinan direncanakan untuk mereka, walaupun mengakui kewujudan saluran undang-undang bagi mencabar keputusan di kawasan-kawasan tertentu di mana mereka percaya mempunyai bukti penipuan mencukupi.

Anwar, walau bagaimanapun, menegaskan perhimpunan penting sebagai tempat untuk pengundi menyuarakan kemarahan mereka terhadap penipuan pilihan raya yang itu.

 

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.