Bahasa

Ribuan orang dijangka sertai perhimpunan anti-Lynas hari ini

Oleh Yow Hong Chieh
February 26, 2012

Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan isyarat bagus ketika menggayakan baju Himpunan Hijau di hadapan orang ramai di Teluk Cempedak, Kuantan malam tadi. – Foto oleh Jack OoiDatuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan isyarat bagus ketika menggayakan baju Himpunan Hijau di hadapan orang ramai di Teluk Cempedak, Kuantan malam tadi. – Foto oleh Jack OoiKUANTAN, 26 Feb — Ribuan orang dijangka akan menyerbu Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4 sebelum bergegas ke satu lagi perhimpunan aman anjuran pembangkang - kali ini bantahan terhadap kelulusan kerajaan berhubung pembinaan kilang memproses nadir bumi, Lynas.

Sambutan memberangsangkan dijangka selepas polis memberi lampu hijau kepada Himpunan Hijau 2.0 untuk mengadakan perhimpunan secara besar-besaran di Padang MPK 4 bermula 9.30 pagi.

Perhimpunan itu — merupakan demonstrasi pertama sejak Akta Perhimpunan Aman dilaksanakan — dengan tujuan menekan kerajaan agar membatalkan pembinaan kilang kontroversi Lynas di Gebeng yang terletak kira-kira 25km dari sini, dijangka siap hujung tahun ini.

Perhimpunan serentak juga diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Sabah.

Perhimpunan hari ini sebagai bantahan terhadap keputusan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) pada 20 Januari, yang memberikan lesen kendalian sementara kepada syarikat perlombongan dari Australia itu, yang mana akan memulakan operasinya.

Bantahan secara besar-besaran ini jika berjaya akan menjadi simbolik berterusan kebangkitan gerakan rakyat sejak pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Kejadian sama berlaku di beberapa negara membangun lain yang membawa kepada kejatuhan kerajaan pusat - yang menjadi harapan Pakatan Rakyat agar ia berlaku di Malaysia pada pilihan raya umum akan datang.

Pakatan pembangkang, yang menerajui kempen anti Lynas bersama gerakan rakyat, dijangka menggunakan kontroversi Lynas sebagai satu isu untuk menunjukkan bahawa kerajaan tidak mengambil kira kepentingan rakyat.

Pengkritik mengatakan Lynas tidak jaminan yang secukupnya untuk mengendalikan sisa radioaktif tahap rendah yang akan terhasil di kilang itu, yang melahirkan kebimbangan sekiranya loji nadir bumi itu akan mendedahkan penduduk terhadap radiasi.

Persoalan dan bantahan terhadap pembinaan kilang berharga RM2.5 bilion itu timbul selepas akhbar New York Times melaporkan kontraktor utamanya tidak mementingkan soal keselamatan.

Kontroversi kilang Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) mungkin berlaku disebabkan ia akan menjadi isu penting pada pilihan raya umum akan datang dan akan memberikan lebih tekanan terhadap BN.

Pemerintah sejak beberapa bulan kebelakangan ini dilihat buntu dalam kontroversi itu, selain ditekan skandal penternakan lembu olah syarikat yang diterajui keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dituduh menyalahguna dana awam.

Pakatan Rakyat dengan pantas mengambil kesempatan terhadap kemarahan rakyat berhubung isu Lynas, dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa penyokong di Teluk Cempedak malam tadi untuk “bangkit dan menolak sebarang polisi yang tidak menjamin keselamatan rakyat.”

“Bukan semua tentang perniagaan. Rakyat boleh buat duit tetapi tidak boleh korbankan kesihatan orang ramai,” katanya.

“Esok, kita akan tunjukkan kekuatan dan kerjasama. Bukan hanya penduduk di Kuantan tetapi semua rakyat Malaysia perlu menolak sikap angkuh dan penipuan.”

Difahamkan Anwar akan menyertai pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Tan Seng Giaw, Tony Pua dan Liew Chin, serta Salahuddin Ayub dari PAS.

Kumpulan anti Lynas yang semakin membesar sejak tahun lalu bimbang kilang Lynas itu memberikan kesan terhadap kawasan persekitaran terutamanya sejak krisis loji nuklear di Fukshima, Jepun yang menjadi tajuk utama dunia.

Syarikat Australia itu berhasrat memecahkan monopoli China dalam membekal nadir bumi untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi seperti telefon pintar, mentol lampu yang lebih cekap tenaga dan kereta hibrid.

Lynas menjangkakan memperoleh RM8 bilion setahun dari operasi itu.

Dilihat sebagai percubaan menenangkan orang ramai, Putrajaya pada Rabu lalu mengumumkan akan menubuhkan unit pemantauan bebas untuk memantau pembinaan kilang itu supaya mengikut piawaian yang ditetapkan.

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi