Bahasa

Ringgit lebih rendah berbanding dollar AS

September 20, 2012

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Ringgit mengakhiri dagangan pada paras lebih rendah berbanding dolar AS hari ini, ekoran kebimbangan baharu tentang keadaan ekonomi global, kata peniaga.

Pada pukul 5.15 petang, ringgit disebut harga pada 3.0670/0700 berbanding 3.0570/0600 semalam.

Seorang peniaga berkata unit tempatan itu mengalami tekanan apabila mata wang Amerika menerima minat belian positif berikutan berita tentang data-data pembuatan China yang lemah bagi bulan ini.

“Berita yang tidak memberangsangkan ini melunturkan selera risiko terhadap ringgit,” tegas peniaga itu.

Dalam pasaran tempatan, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kebanyakan mata wang utama lain.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 2.5012/5057 daripada 2.4965/4992 semalam, jatuh berbanding yen kepada 3.9210/9263 daripada 3.8716/8773 dan susut berbanding pound sterling kepada 4.9676/9743 daripada 4.9627/9688 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit naik berbanding euro kepada 3.9776/9827 daripada 3.9830/9872 pada penutupan semalam. – Bernama

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi