7-day Archive: 
The Malaysian Insider

Bahasa

RM274j, rekod jualan tiket hari pertama fIlem Harry Potter

July 17, 2011

LOS ANGELES, 17 Julai — Filem Harry Potter yang kelapan dan terakhir telah mencatatkan rekod jualan tiket AS$91.1 juta (sekitar RM274 juta) di Amerika Syarikat dan Kanada pada hari pertama tayangan, demikian menurut anggaran dikeluarkan semalam.

Jumlah kutipan itu diperoleh menerusi tayangan di 4,300 pawagam di kedua-dua negara berkenaan.

“Filem Harry Potter and the Deathly Hallows — Part 2 telah mengatasi rekod hari pertama yang dicipta pada 2009 apabila The Twilight Saga: New Moon memperoleh AS$72.7 juta di pawagam,” kata Paul Dergarabedian, ketua firma pengesan jualan tiket Hollywood.com Box Office.

“Bahawa kutipan akan mencecah AS$100 juta memang tidak disangka,” kata Dergarabedian.

Katanya, ini filem pertama Potter akan memperoleh lebih satu bilion dolar di seluruh dunia.

Harry Potter yang sudah mempunyai jualan tiket kasar AS$6.4 bilion dihasilkan berdasarkan novel ditulis oleh J.K. Rowling. — Reuters